JebatDerhaka

Penduduk dalam dilema lepas jumpa sekumpulan ikan terdampar tepi pantai

Sebuah kumpulan besar ikan ditemui terdampar di pantai Sarangani, Pulau Mindanao, Filipina, mencetuskan kegembiraan di kalangan penduduk setempat yang menganggapnya sebagai rezeki dari Tuhan.

Mengutip portal Thaiger, fenomena ini menjadi berita gembira bagi penduduk tempatan, namun juga menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan tanda bencana alam yang bakal berlaku.

Rentactic Register Page

Sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook, Diane Lawa Tagun, menunjukkan kejadian luar biasa ini pada Ahad dan menjadi viral sejak diposkan.

Dalam rakaman video tersebut, penduduk di bandar Masiim di wilayah Sarangani menyaksikan kumpulan besar ikan berenang ke darat dan mati di pantai.

Beberapa penduduk tempatan yang dijumpai oleh wartawan memberitahu bahawa ikan yang berjaya ditangkap mempunyai berat yang mencecah beberapa tan.

Sebelum ini, pada awal Disember 2023, pihak berkuasa tempatan di bandar Hakodate, Hokkaido, Jepun, juga mengalami kejadian yang serupa dengan puluhan ribu ekor ikan sardin dan kembung mati di sepanjang pesisir, mencapai hampir 1 kilometer.

Selepas kejadian tersebut, sesetengah penduduk mengambil kesempatan dengan mengumpul ikan untuk dijual dan dimakan. Namun, pihak berkuasa memberi amaran agar orang ramai tidak mengambil ikan tersebut.

Pada 1 Januari yang lalu, gempa bumi kuat berkekuatan 7.6 magnitud melanda Wilayah Ishikawa di Semenanjung Noto, Jepun. Hingga kini, tidak terdapat penjelasan saintifik yang jelas mengenai hubungan antara kematian ikan besar-besaran di pulau Hokkaido dan gempa bumi di tengah Jepun.

Penganalisis bencana Jepun membuat rumusan bahawa kematian ikan secara besar-besaran mungkin disebabkan oleh cubaan ikan untuk melarikan diri daripada pemangsa yang lebih besar, menyebabkan kekurangan oksigen secara mendadak, atau kumpulan ikan itu berhijrah tetapi menghadapi arus sejuk secara tiba-tiba.

VIDEO TEKAN SINI

BACA:
Pesakit meninggal dunia gara-gara pemandu kembara penting diri dan halang laluan
Penamat dunia semakin dekat, lebih 600% di wilayah Mekah menghijau sejak 5 bulan lalu
Kecoh satu kampung, penduduk kecut perut jumpa pocong kecil depan rumah