JebatDerhaka

Penduduk dan pihak berkuasa terkejut, air sungai bertukar warna jingga terang, sebiji macam teh ais

Penduduk dalam sebuah bandar di Wales dikejutkan dengan perubahan warna sungai yang menjadi terang jingga, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Warna air Sungai Afon Lwyd di Charlesville berubah dari kelabu kepada jingga terang kelmarin dan masih mengekalkan warna yang serupa sehingga pagi semalam.

Pengawal selia alam sekitar Sumber Asli Wales (NRW) mengesahkan menerima laporan mengenai perubahan warna sungai tersebut kelmarin. Pegawai NRW kemudiannya melawat tempat kejadian untuk menyiasat fenomena tersebut pada sebelah petang.

Penduduk dan pihak berkuasa terkejut, air sungai bertukar warna jingga terang, sebiji macam teh ais

Pihak berkuasa Arang Batu di Wales menyatakan kemungkinan kejadian ini disebabkan oleh pelepasan air lombong di kawasan tersebut.

“Kami sedang bekerjasama dengan Sumber Asli Wales dan rakan kongsi kami untuk menyiasat kejadian ini,” kata jurucakap agensi tersebut.

BACA:
Berderau jantung isteri jumpa kondom dalam poket seluar, kantoi segalanya lepas masuk kereta
Ini sebab utama kenapa bas sekolah warna kuning keorenan, bukan sekadar pilihan semata-mata
Pemilik perniagaan berumur 54 tahun menang jackpot RM16,318,043, cuba nasib lepas mimpi nombor