Pengantin dirasuk ketika majlis berlangsung, minta bunga kembang tujuh rupa.
Seorang pengantin wanita tiba-tiba menari sambil suaminya menyaksikannya ketika mereka menanti untuk bergerak ke pelamin dalam majlis perkahwinan di Barabai, Kalimantan Selatan, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Tribun Trends semalam.
Semasa menari, pengantin wanita itu ketawa dan bercakap dengan suara tidak jelas, menyebabkan tetamu majlis itu kebingungan. Walaupun ada yang mencuba menenangkan mangsa, namun tidak berjaya.
Kejadian itu dirakam dan disiarkan di laman TikTok melalui akaun @veranadia.anggi.
Tidak lama kemudian, pasangannya turut dirasuk dan menari, tetapi seorang wanita separuh usia terlihat menepuk-nepuk punggung lelaki tersebut.
Wanita itu kemudian duduk di atas lantai dan dengan nada marah, meminta bunga kembang tujuh rupa.
Permintaan pengantin lelaki itu kemudian dipenuhi, dan rasukan itu berakhir selepas kepala pengantin lelaki dan perempuan bersentuhan. Kedua-dua mereka kemudian sedar daripada rasukan tersebut.
@veranadia.anggi Membalas @ica 538 kai-kai jr yg merasuki lakiannya itu ja dlu inponya #adatbanjar #pengantinkesurupan #pengantinviral #fyp ♬ suara asli – Anggi