JebatDerhaka

Pengantin lelaki meninggal dunia ketika tunggu bakal isteri kira duit hantaran

Pengantin lelaki meninggal dunia ketika tunggu bakal isteri kira duit hantaran.

Seorang pengantin lelaki di negeri Punjab dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung semasa majlis perkahwinannya, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Ary News kelmarin.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di media sosial, pasangan pengantin tersebut terekam sedang duduk di atas kerusi semasa majlis perkahwinan mereka di daerah Sialkot.

Pengantin lelaki kelihatan tidak selesa sementara pengantin perempuan mengira duit hantaran bersama keluarganya. Tanpa diduga, pengantin lelaki tersebut tiba-tiba rebah dan kehilangan kesedaran di hadapan orang ramai sebelum diperiksa oleh pengantin perempuan dan keluarganya.

Pihak berkuasa kemudian mengesahkan bahawa pengantin lelaki tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung.

BACA:
“Musim hujan upah tinggi” – Wanita terkejut runner caj RM50 untuk satu penghantaran makanan harga RM7.50
Macam kena pukau, lelaki berjalan masuk dalam sungai tanpa sedar
Macam kena pukau, lelaki berjalan masuk dalam sungai tanpa sedar