Pengawal keselamatan buat kerja terkutuk, ugut dan rogol pelajar sekolah agama dekat pejabat pengetua tiap pagi.
Di Indonesia, tular mengenai kisah seorang pengawal sekolah agama yang didakwa mencabul pelajar perempuan setiap pagi di sekolah.
Rogol dan ugut pelajar
Memetik laporan Detik Jabar, perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis setelah mendapati anaknya mengadu sakit pada bahagian kemaluan.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Karawang iaitu Arief Bastomy, suspek mengugut mangsa dengan berkata ingin memukul dan menamparnya jika enggan melakukan seks.
Semasa mencabul, mangsa tidak boleh melawan, kerana akan dipukul jika melawan, jadi kaedahnya adalah ugutan. Suspek mencabul mangsa di pejabat pengetua kerana pelakunya ialah pengawal sekolah yang memegang kunci sekolah.
Kejadian ini berlarutan setiap pagi selama setahun termasuk gangguan dan hubungan seksual.
Susulan itu, pelaku berjaya ditangkap oleh pihak polis dan berdepan hukuman penjara lima tahun serta dikenakan denda sebanyak Rp 500 juta (RM152,121)