Pengemis alaf baru, guna QR untuk raih duit sedekah

Seorang pengemis buta di Guwahati, negeri Assam, menarik perhatian pengguna media sosial dengan cara mereka meminta sedekah yang unik, lapor portal berita Hindustan Times kelmarin.

Dalam video yang menjadi viral di platform X, pengemis yang dikenali sebagai Dashrath menerima sedekah melalui pembayaran secara digital.

Dashrath kelihatan memakai kalung yang mengandungi Kod QR sebelum mendekati dua orang di dalam kereta. Salah seorang daripada mereka mengimbas kod QR tersebut dan memberi sebanyak 10 rupee (RM0.57).

Pengemis alaf baru, guna QR untuk raih duit sedekah

Pengemis itu kemudian mendekatkan telefon bimbit ke telinganya untuk mendengar bunyi notifikasi yang menunjukkan wang itu telah dimasukkan ke akaunnya.

Ini bukan kali pertama pengemis di India menggunakan pembayaran digital untuk menerima sedekah.

BACA:
Saling tak tumpah seperti ibunya, ini penampilan terkini Puteri Ameerah ketika istiadat perkahwinan diraja
“Tolong jangan tekan link dalam artikel tu sebab..” – Neelofa
Baru lepas habis tentang “Bezza Gula”, lelaki dakwa Honda CR-V baru beli keluar bunyi bising