Penghantar makanan jadi jutawan sekelip mata lepas jumpa telefon bimbit pelancong.
Seorang penghantar makanan bermotosikal menjadi ‘jutawan’ selepas berjaya membantu seorang pelancong asing mencari telefon bimbitnya yang hilang di Pantai Canggu, Pulau Bali.
Pelancong yang dikenali sebagai Archie Davey dari Britain telah membuat rakaman video dan memuat naiknya di laman sosial berkenaan kehilangan telefon bimbitnya.
“Apa bila anda kehilangan telefon di Pantai Canggu, tawarkan dua juta rupiah (RM602.10) sebagai ganjaran di media sosial,” tulis Davey.
Video yang dimuat naik oleh Davey telah mencatatkan dua juta tontonan di media sosial.
Rakaman video juga memperlihatkan beberapa pemandu motosikal GoJek, yang biasanya menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan, dengan gigih mencari telefon bimbit tersebut.
Selain itu, pelancong tersebut turut memperlihatkan bahawa dia telah mengira 20 keping nota wang kertas 100,000 rupiah di tepi pantai.
Video ini telah menarik perhatian pelbagai netizen yang memberikan pelbagai reaksi.
Salah seorang daripada mereka menulis: “Jumlah itu mungkin kecil bagi anda, tetapi anda baru sahaja membuat seseorang berasa gembira.”
@archie.davey When GoJet becomes go find! wholseome experience ##bali #millionaire #fyp #thailand #traveltok #britabroad #canguu #travel ♬ original sound – Archie