Peniaga wanita buat ritual aneh, selamba calit makanan yang dijual dekat alat sulit berkali-kali.
TULAR di media sosial mengenai rakaman seorang peniaga yang didakwa melakukan ritual aneh ketika berniaga.
Mana tidaknya, peniaga wanita itu seolah-olah menyapu makanan yang dijualnya, pada kemaluannya sendiri.
Dia didakwa melakukan perkara itu bagi melariskan jualannya.
Aksi pelik peniaga wanita itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah seorang penduduk, dan kini tular di media sosial
Rakaman tersebut menunjukkan wanita berkenaan memberhentikan gerai bergerak miliknya di tepi jalan.
Ketika menyusun barang niaga, peniaga itu dilihat beberapa kali memasukkan makanan ke bahagian alat sulitnya.
Sebelum melakukan perbuatan yang menjijikkan itu, dia terlebih dahulu memerhati keadaan sekeliling.
Bukan sekali, tetapi peniaga wanita itu melakukannya berulang kali.
Sebagai peringatan, perbuatan seperti mendapatkan khidmat bomoh dan sihir ditegah dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.