Usaha yang dilakukan oleh artis serba boleh, Alif Satar, dalam Program Geng Subuh Macam Jumaat semalam mendapat sambutan yang amat baik.
Ini merupakan penyertaan kali kedua orang ramai ‘menerima’ cabaran Alif Satar untuk berjemaah Subuh di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara.
Difahamkan, kuliah pendek juga disampaikan oleh pendakwah, Ustaz Yaakub Yusra selepas solat Subuh.
Melalui perkongsian, hampir 3,000 orang hadir untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh sebelum menyertai program Fun Run sejauh 5 KM yang dianjurkan.
Program Fun Run ini juga diterajui oleh selebriti tersebut.
Tidak hanya penyertaan lelaki, malah wanita dan kanak-kanak juga turut mengambil peluang untuk bersama-sama dalam kedua-dua program ini.
Rata-rata netizen memuji usaha dan pendekatan yang digunakan oleh Alif dalam mengajak orang ramai berjemaah Subuh di masjid. Netizen menyifatkannya sebagai seorang pengaruh yang sejati.
@sharkiedesu Thank you @alifsatar for initiating #gengsubuhmacamjumaat ♬ original sound – Akagami no Shark – Sharkie Shares Stories✨