Penumpang kapal terbang buat perangai, selamba lunjur kaki dan sebarkan bau busuk dekat orang lain

Penumpang kapal terbang buat perangai, selamba lunjur kaki dan sebarkan bau busuk dekat orang lain.

Kalau nak naik kapal terbang, ‘common sense’ tu paling penting!

Baru-baru ni, seorang wanita Thailand berkongsi di akaun TikTok miliknya @k.kenggii menunjukkan rasa jijiknya apabila seorang penumpang penerbangan melunjurkan sebelah kaki pada tempat letak tangan di kerusinya.

Kejadian itu berlaku kira-kira dua bulan yang lalu ketika Keng sedang dalam perjalanan ke Vietnam dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok.

Ketika pramugari penerbangan itu sedang mengedarkan makanan, Keng terhidu bau yang kurang menyenangkan dan mencari punca bau berkenaan.

Pada awalnya, Keng menyangka bau busuk itu berpunca dari penumpang yang menanggalkan kasut mereka dalam penerbangan, namun terkejut apabila mendapati kaki yang busuk itu diletakkan begitu dekat dengannya.

Penumpang kapal terbang buat perangai, selamba lunjur kaki dan sebarkan bau busuk dekat orang lain

Menurut laporan Thaiger, Keng mengubah posisi duduknya untuk menunjukkan ketidakselesaannya namun penumpang di belakang turut mengubah posisi, mendekatkan lagi kakinya dengan Keng.

Walaupun berasa kurang selesa, Keng tidak ingin berdepan dengan penumpang itu kerana dia merasakan penumpang itu sedang mencari posisi tidur yang sesuai, lalu memutuskan untuk merakam kejadian terbabit.

Menerusi rakaman dikongsi Keng dilihat merengus ke arah kamera sebelum menunjukkan kaki penumpang yang berada di tempat letak tangan.

Keng kemudian menutup hidungnya dengan menggunakan jari untuk menunjukkan rasa jijiknya.

Pramugari penerbangan itu menyedari ketidakselesaan Keng dan dia meminta penumpang yang duduk di belakang Keng untuk mengalihkan kakinya, dan dia akur.

@k.kenggiiii

Replying to @Ppaiixx เหตุการณ์ต่อจากนั้นค่ะ 🥹 เรื่องสยอง2บรรทัด tiktokตลกขําๆ คนไทยเป็นคนตลก

♬ เสียงต้นฉบับ – หอย เป่า ฮื้อ❤️‍🔥 – หอย เป่า ฮื้อ❤️‍🔥

Selepas kejadian itu, Keng mengelap tempat tersebut menggunakan tisu basah dan menghidu sesuatu produk untuk menghilangkan bau busuk itu.

Video kejadian itu telah menarik perhatian dan komen daripada ramai pengguna media sosial. Ada yang terkejut, ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan hal menjijikan seperti itu, Keng berkata itu tidak menghalangnya dari menggunakan khidmat penerbangan untuk perjalanannya.

Sebaliknya, kini dia tahu cara untuk menangani situasi sedemikian jika ia berlaku lagi dan percaya bahawa semua orang tahu etika ketika dalam penerbangan.

Tambah Keng, jika sesiapa menghadapi situasi yang sama, mereka boleh memaklumkan hal itu kepada pramugari.

BACA:
Pembantu rumah usahawan buat perangai, bawa lelaki masuk rumah dan hampir larikan anak bongsu
“Aku ambil keputusan jauhkan diri aku daripada hubungan toksik, hanya kerana aku tak ada anak selama 12 tahun”
Berang diperli dan diasak tentang duit bertubi-tubi, pemberi menderita lepas disihir penghutang