Penunggang basikal tunjuk ‘gangster’, selamba ketuk kereta sampai kemek sebab tak puas hati dengan pemandu

Penunggang basikal tunjuk ‘gangster’, selamba ketuk kereta sampai kemek sebab tak puas hati dengan pemandu.

Tular sebuah video yang menunjukkan kejadian seorang penunggang basikal bertindak mengetuk sebuah kereta sehingga kemek di sebuah jalan raya.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 8.45 pagi pada 10 September di salah sebuah jalan raya sekitar Sungei Tengah, Singapura.

Menerusi rakaman dashcam pemilik kenderaan terbabit, pemandu kenderaan membunyikan hon kepada sekumpulan penunggang basikal yang dilihat menghalang laluannya di lampu isyarat.

Tidak berpuas hati akibat dihon, salah seorang penunggang basikal itu mengetuk kereta berkenaan sebanyak dua kali dengan kuat sehingga menyebabkan bahagian hadapan kereta telah kemek.

Pemilik kereta pula segera menegur perbuatan penunggang basikal terbabit dan memintanya nombor kad pengenalan untuk membuat laporan polis.

Penunggang basikal tunjuk 'gangster', selamba ketuk kereta sampai kemek sebab tak puas hati dengan pemandu

Namun, penunggang basikal itu berdalih dengan menyatakan pemandu itu seakan-akan ingin melanggarnya.

Bagaimanapun, pemandu itu menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan bahawa kenderaannya mempunyai dashcam sebagai bukti.

“Saya tidak pernah langgar awak. Saya ada rakaman kamera (pada kereta), awak tak boleh lari,” ujar pemandu itu.

“Cyclist buli pun ada dah?”

Rata-rata netizen yang melihat video itu mengecam dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan penunggang basikal yang disifatkan angkuh dan tidak mahu mengaku bersalah.

Malah, ada yang menyatakan disebabkan sikap buruk yang dibawa segelintir geng basikal sedikit sebanyak membuatkan orang ramai tidak menyukai dengan kumpulan itu.

BACA:
Rakyat Kelantan tonton konsert cara islamik, lelaki dan perempuan diasingkan dari duduk bersama
Penumpang kecewa dihalau keluar dari pesawat, gara-gara mengadu tempat duduk bau muntah dekat pramugari
Lelaki hidap kencing manis menyesal tak sudah, mati pucuk usia muda gara-gara minuman bergas