Perbualan remaja perempuan tentang pergaulan dan dadah ini buat ramai netizen kecut perut nak ada anak, macam dah biasa buat

Penggunaan gajet yang tidak terkawal dalam kalangan remaja boleh menimbulkan banyak masalah termasuklah pergaulan bebas dan hubungan terlarang.

Di Facebook, tangkap layar memaparkan perbualan WhatsApp dua remaja perempuan tentang hubungan terlaranf dan bahan terlarang turut tular sehingga menimbulkan kebimbangan ramai.

Menerusi perkongsian seorang individu, dia meminta orang ramai agar memantau ahli keluarga masing-masing daripada terjebak dengan gejala sosial yang disebutkan.

“Allahu minta jauh daripada anak-anak, adik dan saudara mara kita. Tolong pantau anak-anak atau adik kita jangan jadi begini.

“Tingkatan dua mengandung tak tahu dengan siapa, malah dia bangga pula tu. Kita yang baca (mesej) jadi malu,” ujar individu itu.

Perbualan remaja perempuan tentang pergaulan dan dadah ini buat ramai netizen kecut perut nak ada anak, macam dah biasa buat

Dalam tangkap layar yang dikongsikannya, seorang remaja perempuan bertanya kepada rakannya sekiranya dia mahu melakukan hubungan terlarang.

Lebih mengejutkan, remaja itu juga memberitahu rakannya tentang alat kelamin lelaki berkenaan.

“Dia nak dengan kau, kau nak tak?” soal remaja itu yang mana kedua-dua mereka berbalas mesej WhatsApp menggunakan dialek Kelantan.

Malah mereka turut berbincang tentang satu lokasi yang mana terdapat empat lelaki dan tiga perempuan sedang berkumpul.

Dalam satu lagi tangkap layar berasingan, mereka turut berbual tentang barang terlarang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa bimbang dan berharap remaja berkenaan dapat bertaubat.

Namun, ramai juga yang tidak terkejut memandangkan gejala sosial itu sudah berlaku sejak sekian lama.

“Jangan bangga anak muda. Pejam mata bayangkan mak ayah kita. Jangan lalai dengan dunia.

BACA:
Hilang selera makan pada usia 10 tahun, wanita ini jadi ‘tikus makmal’ doktor sedunia untuk tahu punca dan sebab
Niat dan disiplin yang kental seorang warga emas membuahkan hasil, dapat tunai haji pada umur 90 tahun
Kekejaman yang melampaui batas, jumlah bom yang digugurkan negara haram menyamai perang dunia kedua