Perompak dicekup tanpa serurat benang depan rumah, dakwa ilmu hitam yang diamalkan tak menjadi

Seorang perompak yang sedang menguji ilmu hitam telah ditangkap dalam keadaan bogel di hadapan pintu rumah yang diceroboh di Kota Bekasi, Jawa Barat, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Serambinews hari ini.

Pencuri berusia 29 tahun tersebut ditangkap oleh penduduk kampung setelah mereka merasa curiga dengan pergerakannya yang berjalan-jalan di hadapan rumah tersebut.

Gambar yang memperlihatkan saat lelaki itu ditangkap dimuat naik di platform X melalui akaun @Pai_C1 dan menjadi viral di media sosial.

Menurut keterangan pada akaun tersebut, semasa ditangkap, pencuri tersebut bertanya kepada penduduk sama ada mereka dapat melihatnya berbogel kerana dia menggunakan ilmu hitam.

Perompak dicekup tanpa serurat benang depan rumah, dakwa ilmu hitam yang diamalkan tak menjadi

Selepas ditangkap, lelaki tersebut diberikan sehelai kain untuk menutup tubuhnya.

Inspektor Arif Fadil, seorang pegawai polis tempatan, menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku pada malam Sabtu yang lalu.

Pemuda berusia 29 tahun tersebut kemudiannya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

BACA:
Influencer bergegas cari tempat selamat, dapat amaran gempa bumi bakal berlaku ketika buat ‘live’ di media sosial
Asap berkepul-kepul dan sampah sarap bersepah, netizen bengang tengok warga asing jual jagung di KLCC
“Isteri aku cukup lemah lembut, pandai masak dan sebagainya, tak sangka apa yang aku tahu lepas dia hamil 2 bulan”