JebatDerhaka

Pesakit meninggal dunia gara-gara pemandu kembara penting diri dan halang laluan

Seorang pemandu Perodua Kembara telah dikenakan tindakan disiplin selepas menghalang pergerakan sebuah ambulans di Kilometer 6, Jalan Kuching-Sri Aman, berdekatan dengan Jalan Kampung Entulang Bungkang, semalam.

Menurut kenyataan oleh Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie, pemandu tersebut dikenakan tindakan mengikut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan kepada ambulans.

“Pada Jumaat lalu, sekitar jam 3 petang, tersebar sebuah kenderaan di media sosial yang tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans yang membawa pesakit ke Hospital Sri Aman.

“Sehari selepas kejadian itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman mengambil tindakan mengesan kenderaan itu dan pemandunya,” petik satu kenyataan menerusi Facebook Polis Sri Aman.

Mathew juga mengingatkan semua pengguna jalanraya agar mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas.

Pesakit meninggal dunia gara-gara pemandu kembara penting diri dan halang laluan

“Semua pengguna jalanraya hendaklah memberi laluan yang lapang kepada apa-apa ambulans, kereta bomba, mahupun kenderaan polis apabila diberi amaran tentang kehadiran mereka,” katanya.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi 53 saat menunjukkan tindakan seorang pemandu Perodua Kembara yang menghalang laluan sebuah ambulans di Sri Aman telah tersebar di media sosial.

Difahamkan, menerusi kenyataan dalam video tersebut, seorang pesakit dikatakan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Kejadian itu berlaku kerana sikap pentingkan diri pemandu yang enggan memberi laluan kepada ambulans tersebut, walaupun siren kecemasan ambulans telah berbunyi dengan jelas. Tindakan pemandu Kembara tersebut telah menimbulkan kemarahan netizen.

BACA:
Satu-satunya gajah sarkas yang dihukum oleh pemilik sendiri, hanya kerana kesalahan yang dibuat oleh manusia
Isteri bingung permohonan cerai tertangguh akibat peguam yang dilantik tarik diri, bila diselidik ini rupanya yang berlaku
Pelajar universiti hadapi jangkitan dalam rahim lepas gugurkan kandungan, termakan pujuk rayu pelakon lelaki