Pesawat Alaska Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas apabila panel tingkap di bahagian tempat duduk penumpang tercabut ketika kapal terbang yang membawa 177 penumpang telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland.
Menurut laporan Astro AWANI, panel tingkap tersebut tercabut disebabkan masalah tekanan dalam kapal terbang jenis Boeing 737 Max 9. Nasib baik, tiada penumpang yang duduk di tepi tingkap yang terlibat.
Pesawat tersebut dikatakan berlepas pada jam lima petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland, Amerika Syarikat, sebelum akhirnya melakukan pendaratan kecemasan dengan selamat tidak lama kemudian.
Kejadian tersebut telah menjadi tular di media sosial, dengan gambar dan video semasa kejadian di dalam kapal terbang dikongsi oleh penumpang.
Akibat daripada insiden ini, operasi semua pesawat jenis Boeing 737 Max 9 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan di Amerika Syarikat telah diarahkan untuk digantung sementara oleh Federal Aviation Administration (FAA).
KEMASKINI
— Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴 (@Marchfoward) January 6, 2024
Sekitar Jam 12 Tengah hari tadi waktu Malaysia
Sebuah pesawat Alaska Airlines terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Portland, Oregon selepas tingkap bahagian penumpang kapal terbang itu tercabut
Beberapa barangan termasuk telefon disedut keluar dari kapal… pic.twitter.com/etj9io6Yfb