JebatDerhaka

Pihak tak bertanggungjawab buat perangai, letak ‘hidden camera’ dalam tandas di sebuah stesen minyak

Pihak tak bertanggungjawab buat perangai, letak ‘hidden camera’ dalam tandas di sebuah stesen minyak.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati semasa menggunakan tandas awam atau mana-mana penginapan yang memasang kamera tersembunyi.

Seorang wanita mendedahkan ketika beliau ke tandas sebuah stesen minyak Petronas di Danau Kota, dia mendapati ada tulisan yang tertera ‘flush rosak’ menggunakan pelekat hitam.

Pada mulanya dia fikir untuk terus keluar dari tandas tersebut, tetapi tiba-tiba dia terperasan seperti ada pantulan cahaya di kawasan pelakat hitam itu.

“Sentuh benda dekat situ dan rasa macam ada benda. Terus cabut dan tengok ada kamera. Dia lekat kat tempat flush jamban cangkung.

“Nak nangis, nak marah, shaking semua ada, terus panggil suami dan pergi balai untuk buat report,” katanya.

Pihak tak bertanggungjawab buat perangai, letak 'hidden camera' dalam tanda di sebuah stesen minyak

Susulan kejadian itu, dia meminta orang ramai di luar sana terutamanya wanita agar sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

“Sentiasa lah berhati-hati dan check segala benda, segala ceruk lubang ke apa. “Please, lagi-lagi kalau pergi tandas awam, tandas stesen minyak,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lelaki mencadangkan golongan wanita terutamanya untuk memuat turun aplikasi ‘hidden camera detector’ bagi tujuan keselamatan.

“Downloads apps dan check sekeliling. Zaman makin maju, sekali kamera kecil, malah datang dalam pelbagai bentuk. Jangan tunggu video ahli keluarga anda tersebar di laman web baru nak melatah,” katanya.

BACA:
Jiran buat perangai pelik, tuang sebotol air kencing dalam kasut pemilik rumah, tak pernah bergaduh atau bertegur sebelumnya
Bapa kepada 3 anak buat langkah luar biasa, wasiatkan harta RM69 juta kepada 10 badan kebajikan
Bapa kepada 3 anak buat langkah luar biasa, wasiatkan harta RM69 juta kepada 10 badan kebajikan