Rakyat Kelantan tonton konsert cara islamik, lelaki dan perempuan diasingkan dari duduk bersama

Rakyat Kelantan tonton konsert cara islamik, lelaki dan perempuan diasingkan dari duduk bersama.

Ribuan rakyat Kelantan membanjiri konsert yang diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu, Kelantan malam tadi meskipun sebelum ini tidak banyak konsert dibenarkan di negeri itu.

Menariknya pada konsert tersebut, pengajuran memilih untuk mengasingkan tempat duduk antara pengunjung lelaki dan wanita serta mereka yang berkeluarga.

Konsert itu menampil beberapa artis ternama seperti Khai Bahar, Irfan Haris, Lan Solo, Aiman Tino, Shafiq Farhain, Nizam Laksamana, Rahmat Mega.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi di laman Facebook Hello Kelantan, kelihatan padang yang menempatkan pentas konsert di RTC Tunjong itu hampir penuh dengan penonton.

Selain itu, kelihatan penonton lelaki, wanita dan berkeluarga diasingkan dalam kawasan yang berlainan.

Rakyat Kelantan tonton konsert cara islamik, lelaki dan perempuan diasingkan dari duduk bersama

“Tu dia ‘full house’ sobat (sahabat).Tengok ni bagus Kelantan kita. Konsert asing orang jate (lelaki) dan orang tino (wanita) kat Jom Heboh RTC tunjong.

“Negeri lain kena tiru, buleh doh buko woyey (panggung wayang) sebutir pahni,” tulis Hello Kelantan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi terhadap hantaran itu.

“Hebat sambutan, semoga acara seperti ini dilakukan dengan lebih kerap dan perbanyakkan lagi di daerah-daerah yang ada,” tulis Laqman Al-Jefri.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd. Zaki.

“Biarlah, orang Kelantan payah nak jumpa hiburan begini, bila ada penuh orang,” katanya.

BACA:
Nama anak paling ‘rare’ dijumpai, bapa dakwa akan ubah dunia dan menjadi doa kepada cahaya mata
Wanita kecewa pihak hospital sambil lewa, lambat bertindak atas kes kecemasan sampai anak kena sawan
Tiada rasa malu, pasangan buat perkara terkutuk depan orang ramai dalam kedai kopi ternama