Ramai terkejut tengok tawaran gaji kedai FNB ini, dapat jadi tukang cuci pun dah cukup lumayan.
Melihat penawaran gaji sebelum memohon pekerjaan menjadi perkara biasa bagi kebanyakan orang. Dalam bidang yang berbeza, tangga gaji yang ditawarkan juga berbeza mengikut keperluan dan tanggungjawab jawatan tersebut.
Sebuah hantaran di TikTok oleh pengguna @aznahabas telah menimbulkan perbincangan mengenai penawaran pekerjaan di sebuah restoran makanan Cina baru di Pavillion, Damansara Heights.
Poin utama yang menarik perhatian netizen adalah penawaran gaji yang cukup tinggi, terutamanya untuk jawatan pengurus restoran yang mencapai RM8,500. Jawatan lain yang diiklankan juga menunjukkan gaji yang tinggi, seperti ketua tukang masak dengan gaji RM7,000, pembantu pengurus restoran dengan gaji RM4,500, dan pencuci pinggan dengan gaji mencapai RM3,000.
Banyak rakyat Malaysia terkejut dan berseloroh menyatakan minat untuk memohon jawatan pencuci pinggan kerana gaji yang ditawarkan jauh lebih tinggi daripada biasa.
Beberapa netizen berkongsi pendapat bahawa penawaran gaji tersebut adalah sejajar dengan ekonomi semasa, dan pembayaran gaji sebegini patut diterapkan kerana faktor inflasi. Ada yang juga menyatakan bahawa penawaran gaji tersebut sudah menjadi standard di negara Singapura.
Walaupun gaji yang ditawarkan kelihatan tinggi, beberapa netizen memberi pandangan bahawa kerja di dalam industri makanan dan minuman (F&B) amat mencabar dan tidak ramai yang mampu menghadapinya. Selain daripada stres dalam operasi harian, pekerja juga mungkin terpaksa bekerja semasa cuti umum.
Oleh itu, tidak menghairankan jika pemilik restoran bersedia membayar gaji yang tinggi untuk menarik minat individu yang berkelayakan dan memastikan kelancaran operasi harian mereka.
@aznahabas Dasyat gak gaji FnB nih…. #career ♬ original sound – Aznah Abas