Remaja perempuan rebah dikejarkan ke hospital, kulit bertukar warna kebiruan gara-gara rokok elektronik

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas paru-parunya berlubang akibat ketagihan rokok elektronik (vape), lapor Metro UK.

Kejadian mengerikan ini berlaku pada 11 Mei lalu ketika mangsa rebah dan kulitnya bertukar kebiru-biruan semasa menginap di rumah rakannya. Menurut laporan, remaja ini mempunyai tabiat menghisap vape yang keterlaluan, iaitu bersamaan dengan 400 batang rokok seдмигу.

Bapa kepada remaja malang itu mendedahkan bahawa anaknya mengalami “pulmonary bleb”, iaitu keadaan di mana kantung udara di paru-paru mengecil dan pecah sehingga berlubang. Keadaan ini memaksanya menjalani pembedahan selama lebih lima jam untuk membuang sebahagian daripada paru-parunya. Remaja tersebut kemudian ditempatkan di bawah pengawasan rapi pihak hospital selama dua minggu sebelum dibenarkan pulang.

Menurut bapa mangsa, anaknya hampir meninggal dunia kerana berisiko mengalami serangan jantung.

“Doktor memberitahu anak saya telah menjadi ‘biru’. Mereka sangka dia sudah meninggal,” kongsinya ketika dihubungi mengenai kejadian tersebut.

Remaja perempuan rebah dikejarkan ke hospital, kulit bertukar warna kebiruan gara-gara rokok elektronik

Berikutan kejadian ini, bapa kepada sepuluh anak ini menasihati golongan muda agar meninggalkan atau berhenti menghisap vape kerana ia bukanlah tabiat yang sihat.

Pada tahun 2023, sebanyak 11 kes serupa telah direkodkan, termasuk melibatkan kanak-kanak di bawah lima tahun yang dimasukkan ke hospital akibat paru-paru berlubang ekoran vape.

Menurut Action on Smoking and Health (ASH), populariti vape dalam kalangan kanak-kanak berumur 11 hingga 17 tahun meningkat dengan mendadak, dengan jumlah pengguna hampir dua kali ganda kepada 20% pada tahun 2023.

Bahaya Vape Terhadap Remaja
Tabiat menghisap vape atau rokok elektronik boleh membantutkan pertumbuhan otak remaja kerana kandungan bahan kimia toksik seperti plumbum dan uranium di dalamnya, lapor BBC News.

Pada tahun 2019, seorang pesakit di Amerika Syarikat telah meninggal dunia akibat vape, menandakan kematian pertama yang berkait dengan vape di negara tersebut.

Remaja perempuan rebah dikejarkan ke hospital, kulit bertukar warna kebiruan gara-gara rokok elektronik
BACA:
Pasangan suami isteri berputih mata, emas ‘reban ayam’ bernilai RM25,000 hilang
Bapa terkejut anak-anak terjamah daging babi, terkilan rider salah hantar makanan tak halal masuk dalam rumah
Tak pasal-pasal viral, pemandu e-hailing selamba main isu 3R ketika bawa pelancong, siap kutuk dan perlekehkan islam