Resah dengar alunan suara orang mengaji, pemuda nekad ‘serang’ imam dalam masjid

Resah dengar alunan suara orang mengaji, pemuda nekad ‘serang’ imam dalam masjid.

Seorang lelaki telah berjaya ditahan oleh polis selepas cuba menikam seorang imam semasa sesi mengaji di sebuah masjid di Kramati Jati, Jakarta Timur, Indonesia pada hari Jumaat.

Kompol Rusit Malaka, Ketua Polis Kramati Jati, mengatakan bahawa suspek yang berusia 26 tahun tersebut bertindak di luar kawalan kerana merasa gelisah ketika mendengar suara imam.

“Suspek mengaku bahawa dia berniat untuk mencederakan mangsa dengan alasan bahawa dia tidak tenang dan merasa gelisah ketika mendengar suara imam semasa solat dan sesi mengaji.

“Kejadian ini berlaku ketika mangsa, yang juga seorang guru mengaji berusia 26 tahun, pergi ke masjid untuk menunaikan solat Isyak.

“Pada ketika itu, suspek membawa sebilah pisau dari rumahnya dan membawanya masuk ke dalam masjid,” katanya pada Sabtu.

Resah dengar alunan suara orang mengaji, pemuda nekad 'serang' imam dalam masjid

Pada masa yang sama, suspek dilaporkan meletakkan pisau itu di pinggang sebelah kiri dan terus menuju ke dalam masjid untuk mencari imam.

“Suspek bertemu dengan mangsa dan bertanya, ‘adakah kamu yang menjadi imam?’ dan mendapat pengesahan daripada mangsa.

“Kemudian, dia segera mengeluarkan pisau yang dibawanya dan mengacukan kepada mangsa,” katanya lagi.

Namun, mangsa sempat berteriak minta tolong sebelum akhirnya ditenangkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Menurut keluarga suspek, dia seringkali berdiam diri dan kelihatan termenung, malah beberapa kali dia mengadu bahawa dia sering mendengar bisikan suara di sekelilingnya.

Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

BACA:
Suami buat perangai lepas pencen, kantoi buat aksi terlarang ketika ‘urut’ pelanggan lelaki
Hampir terjual lebih 22,000 unit, tindakan individu jual ‘pendrive’ kompilasi lagu melayu jadi tanda tanya warganet
Isteri pelik tak disentuh suami lepas 3 hari berkahwin, terkejut dapat tahu rupanya..