RM16,000 ‘burn’ sekelip mata, sepasang suami isteri putih mata plan bulan madu batal gara-gara pasport

RM16,000 ‘burn’ sekelip mata, sepasang suami isteri putih mata plan bulan madu batal gara-gara pasport.

Impian sepasang suami isteri untuk melancong ke Turki terpaksa dibatalkan secara mendadak disebabkan masalah pasport basah. Pendedahan mengejutkan ini dilakukan oleh pengguna TikTok @Fikry Azman pada Ahad lalu, yang sekaligus memberikan pengajaran penting kepada dirinya dan juga kepada semua.

Tarikh 17 Disember 2023 akan kekal sebagai sejarah hitam buat kami… Salah aku juga tak peka benda begini.

Dalam perkongsian tersebut, Fikry menceritakan bahawa dia dan isterinya sepatutnya berlepas ke Turki pada 17 Disember (Ahad) yang lalu untuk bercuti bulan madu dan menyambut ulang tahun kelahiran. Namun, siapa sangka, pasport basah mereka tidak memenuhi piawaian pemeriksaan imigresen, dan Fikry terpaksa menerima hakikat apabila dokumen penerbangan mereka dikategorikan sebagai ‘reject’.

Kaunter untuk membuat pasport baru pun sudah ditutup… Jika esok pasport siap, kami terpaksa beli tiket baru.

RM16,000 'burn' sekelip mata, pasangan suami isteri putih mata plan bulan masu batal gara-gara pasport

Secara keseluruhan, mereka mengalami kerugian kira-kira RM16,000. Fikry sebenarnya telah berusaha untuk menangani masalah ini dengan cuba mendapatkan pasport baru. Tetapi, pada hari Ahad, kaunter yang terlibat tidak beroperasi, dan penerbangan tidak dapat dijadualkan semula kerana mereka berlepas dalam kumpulan.

Moga ada rezeki lagi selepas ini… Rancangan kita, Allah yang menentukan.

Sejak perkongsian tersebut dikongsi dua hari lalu, rakaman Fikry telah mencapai lebih daripada 200 ribu tontonan. Selain menjadi amaran kepada yang lain, netizen juga memberikan kata-kata semangat kepada pasangan suami isteri ini dan merasakan bahawa mungkin terdapat hikmah lain di sebalik masalah yang mereka hadapi.

@fikryyazman Kalau Allah kata bukan rezeki kita , maka bukanlah ☺️ #fyp #fypmalaysia #foryoupage #fypsg #fypシ #tiktokmalaysia #klia ♬ Dawai (From "Air Mata Di Ujung Sajadah") – Fadhilah Intan
BACA:
“Yang datang buat kali pertama pasti terlepas” – Warga Malaysia didenda sebanyak RM10,000 di Singapura
Jangan main telefon sambil buang air, boleh mendatangkan penyebaran kuman ke dalam rumah
Tak sangka masih elok dan bersih, dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun