Rumah biru ikonik kampung baru tak jadi roboh, tapi perlu…

Rumah Biru, ikon terkenal di Kampung Baru Kuala Lumpur dengan seni bina tradisionalnya, tidak akan dirobohkan seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut Shafiq Abdullah, salah seorang pewaris pemilik rumah tersebut, mereka hanya diminta untuk keluar buat sementara waktu bagi memudahkan kerja-kerja pembangunan.

“Projek belum bermula lagi dan untuk makluman semua, rumah kami ini insya-Allah tidak dirobohkan,” kata Shafiq dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Rumah biru ikonik kampung baru tak jadi roboh, tapi perlu dipindah

“Kami diminta keluar untuk memudahkan projek ini berjalan. Sekiranya apa-apa berlaku pada masa hadapan, insya-Allah pemaju akan membaiki seperti sediakala. Sama-sama kita doakan agar selepas projek ini selesai, kami boleh pulang ke kampung halaman kami ini,” tambahnya.

Shafiq turut berterima kasih kepada orang ramai yang berkongsi cerita dan pengalaman mereka tentang Rumah Biru.

“Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi momen, cerita, dan mengambil berat tentang tanah kampung ini. Saya sebagai wakil pewaris ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Panjang umur kita jumpa lagi,” katanya.

“Diharap penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat yang ingin saya kongsikan. Terima kasih Malaysia,” tambahnya.

Shafiq juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya kepada individu yang mendakwa mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemilik rumah atau cuba mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai.

“Kepada yang mendakwa saudara jauh atau apa sahaja, teruskan hiburkan kami ya. Jangan sesekali percaya dengan penipu kerana ramai yang ingin menuntut token atau baucar. Sila abaikan,” katanya.

Sebelum ini, tular khabar angin bahawa Rumah Biru, yang merupakan tarikan pelancong terkenal dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem seperti Adnan Sempit, Remp-It, dan Impak Maksima, akan dirobohkan.

Penjelasan Shafiq ini melegakan ramai pihak yang prihatin dengan nasib Rumah Biru dan berharap agar rumah tersebut dapat dipulihkan dan dijaga sebagai warisan budaya yang berharga.

BACA:
Lelaki dijangkiti kuman ketika siang udang, alami demam dan jari bertukar hitam
Penceramah ‘zaman nabi’ dalam era moden, mengaku diri boleh faham bahasa semut dan jin
“Ini perabot rumah saya” – Penyewa dari neraka, jual perabot ‘owner’ diam-diam dalam facebook