Rupanya ini punca kenapa pelajar perempuan ini dibuli ‘senior’ dalam tandas sekolah

Satu rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli oleh dua pelajar lain di sebuah tandas sekolah di daerah Kerian, Perak, telah mencetuskan kemarahan netizen.

Video berdurasi satu minit 21 saat itu memaparkan seorang pelajar perempuan berbaju hijau ditampar sebanyak tiga kali oleh seorang pelajar lain, manakala seorang lagi pelajar turut menamparnya sekali. Mangsa kelihatan hanya menunduk dan menahan sakit tanpa melawan.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, kejadian tersebut berlaku pada 14 Jun kira-kira jam 10.30 pagi di mana mangsa dibuli oleh dua pelajar perempuan berusia 15 tahun di sekolah yang sama.

Rupanya ini punca kenapa pelajar perempuan ini dibuli 'senior' dalam tandas sekolah

“Siasatan awal mendapati salah seorang suspek membawa mangsa ke dalam tandas sekolah berkenaan. Setibanya di situ, suspek bersama seorang lagi pelajar telah menampar mangsa berulang kali dan merakam video kejadian tersebut,” jelas beliau.

Beliau menambah bahawa kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa cemburu suspek terhadap mangsa yang dikatakan rapat dengan teman lelakinya yang juga berusia 15 tahun dan bersekolah di sekolah menengah yang sama.

Mangsa telah membuat laporan polis dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Susulan daripada kejadian itu, dua pelajar perempuan yang terlibat dalam kes buli tersebut telah ditahan reman selama empat hari bermula 26 Jun 2024.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengambil maklum tentang kejadian tersebut dan sedang menjalankan siasatan. KPM memandang serius isu buli di sekolah dan menegaskan bahawa sebarang tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Kes buli ini menjadi peringatan kepada semua pihak agar lebih peka terhadap isu ini dan mengambil langkah-langkah untuk mencegahnya daripada berulang kembali.

Lihat Video Di SIni

BACA:
Aeril Zafril buru penceroboh rumah, jumpa barang pelik dalam tong sampah dipercayai sihir
Khemah jemaah haji dari Korea di Mina sangat mewah, tahap keselesaan macam duduk dalam rumah
‘Pak turut’ hilang kemaluan lepas dipaksa ‘kawan’ untuk pergi ke hospital