Akibat kekurangan duit untuk menggantikan pemadam rakan sebaya, seorang kanak-kanak perempuan bersetuju untuk menawarkan khidmat pelacuran sebagai ganti kepada kawan-kawan lelakinya. Kisah ini disampaikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dalam forum Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2024 (IRC) yang berlangsung hari ini.
Menurut beliau, tiada kes dibawa mahkamah kerana kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tersebut dianggap tidak melibatkan jenayah.
“Kanak-kanak itu sendiri bersetuju (rogol berkumpulan) bersama dua rakan lelakinya yang berusia sembilan dan sepuluh tahun kerana mereka tidak mempunyai wang untuk menggantikan pemadam.
“Justeru, kerana semua yang terlibat berusia di bawah sembilan tahun, tiada kes dibawa mahkamah kerana tiada unsur jenayah. Walaupun Timbalan Pendakwa Raya telah dimaklumkan, tiada bukti yang diberikan,” katanya kepada wartawan, hari ini.
Pada masa yang sama, Shuhaily menyuarakan kebimbangan beliau mengenai kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial dan pornografi yang telah menjadi ‘penyakit’ dalam masyarakat masa kini.
Beliau menyatakan bahawa walaupun kes-kes rogol secara keseluruhan meningkat, kes yang melibatkan remaja di bawah umur juga menunjukkan peningkatan setiap tahun.
“Jumlah kes yang melibatkan mangsa di bawah umur semakin meningkat setiap tahun. Kes-kes yang dilaporkan kepada kami mungkin hanya merupakan sebahagian kecil daripada realiti yang sebenarnya.
“Kita melihat peningkatan yang ketara selepas pandemik Covid-19 kerana majoriti menggunakan media sosial untuk berinteraksi, dan jumlah ini terus meningkat setiap hari,” katanya.