Hanya dua kata yang sesuai untuk menghuraikan penampilan Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah iaitu elegan dan eksklusif!
Dalam istiadat perkahwinan kakandanya, penampilan puteri Brunei ini benar-benar memukau. Puteri Ameerah kelihatan sangat jelita dan anggun dengan memakai baju kurung dan selendang yang begitu menarik.
Pada majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja, Puteri Ameerah memakai baju kurung berwarna navy blue yang sungguh elegan. Baju kurung tersebut dipadankan dengan selendang dalam warna yang serupa. Solekan semulajadi daripada Karen Then semakin menonjolkan kecantikannya.
Semasa berada di Istiadat Bersanding Diraja, Puteri Ameerah memilih baju kurung berwarna pastel biru bersama tudung selendang yang sepadan. Walaupun bersebelahan dengan kakandanya, Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabol Bolkiah, banyak yang memuji kecantikannya yang memukau.
BACA:
Pemilik perniagaan berumur 54 tahun menang jackpot RM16,318,043, cuba nasib lepas mimpi nombor
Imaginasi manusia yang mengubah segalanya, hantu pocong sebenarnya boleh berjalan
Kisah menyayat hati, dari jutawan bertukar menjadi penjual roti tepi jalan