Sangat bahaya! Lebih baik elak dari berdepan dengan fenomena ombak berbentuk petak.
Pasti ramai di antara kita yang amat menikmati bunyi ombak yang memecah di pantai. Ya, bunyi tersebut sering dianggap sebagai terapi kerana membawa elemen ketenangan.
Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa ombak juga mempunyai jenisnya sendiri, antaranya ialah ombak berbentuk petak? Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar ataupun melihat sendiri bentuk sebenar ombak ini.
Namun perlu diingat, disarankan untuk mengelakkan diri dari mandi di pantai ketika fenomena ombak berbentuk petak ini berlaku. Ini kerana ombak berbentuk petak diklasifikasikan sebagai merbahaya.
Walaupun bentuknya mungkin menarik dan indah untuk disaksikan, namun arus yang terdapat di bawah ombak unik ini sangat kuat.
Ia dianggap sangat berbahaya kerana mampu untuk menterbalikkan kapal laut bersaiz besar. Bagaimana ini boleh terjadi? Kapal laut direka untuk menahan hentakan ombak dari satu arah dan membelah ombak di hadapan.
Namun, apabila ombak datang dari arah yang bertentangan dalam masa yang sama, seperti yang berlaku dalam fenomena ombak berbentuk petak ini, kapal laut bersaiz besar dapat terbalik akibat gaya ombak yang kompleks.
Ombak berbentuk petak ini lebih dikenali sebagai “cross sea”. Fenomena ini berlaku apabila ombak bertemu dengan ombak dari arah yang berbeza.
Secara am, ia berlaku apabila angin kencang dari satu arah bertentangan dengan angin kencang dari arah yang berbeza.
Fenomena ini kerap terjadi di kawasan perairan Pulau Île de Ré di Perancis. Walaupun jarang berlaku, kemungkinan kejadian ini adalah sekitar satu per sepuluh. Tetapi jika anda mengalaminya, lebih baik segera meninggalkan kawasan tersebut dan memberi keutamaan kepada keselamatan diri anda.