Sangat rendah diri dan tak menunjuk dalam melakukan amal jariah, kariah surau terkejut jumpa RM50 dalam balutan RM1

Sangat rendah diri dan tak menunjuk dalam melakukan amal jariah, kariah surau terkejut jumpa RM50 dalam balutan RM1.

Semasa kita ingin berbuat amal dan kebajikan, wajarlah ia dilakukan dengan meletakkan keikhlasan di hati.

Salah satu petanda yang menunjukkan seseorang itu betul-betul ikhlas membuat kebaikan adalah dia tidak menunjuk-nunjuk selepas menghulurkan bantuan.

Melalui satu perkongsian di Facebook, seorang lelaki terkejut melihat cara yang digunakan seorang jemaah surau untuk menyembunyikan amalan sedekah yang dilakukannya.

Menurut lelaki itu, dia sedang mengira duit dari tabung surau dan tiba-tiba dia terlihat kepada sekeping duit RM1 yang berlipat.

“Waktu tu tengah kira duit surau, tiba-tiba terjumpa duit seringgit ni berlipat, macam pelik pula tengok. Saya pun cuba buka lipatan duit RM1 tu, terkejut saya apabila lihat apa yang ada di dalam.

Sangat rendah diri dan tak menunjuk dalam melakukan amal jariah, kariah masjid terkejut jumpa RM50 dalam balutan RM1

“Ada RM50 rupanya, duit seringgit tu dilipat untuk membalut duit RM50 di dalam. Saya rasa orang yang bagi ni dia faham ‘seni’ dalam bersedekah

“Moga tuan atau puan yang bersedekah untuk surau kami ni sentiasa dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat. Ya Allah jauhkanlah kami sifat riyak, permudahkanlan urusan rezeki kami di dunia dan di akhirat kelak.

BACA:
17 restoran ditipu hidup-hidup pasangan ini, letak kaca dalam mulut sebagai taktik untuk ugut pihak bayar pampasan
Warga emas rempuh kedai nombor ekor, tertekan pedal minyak ketika memasuki parkir
Ingin elak diri dari bertemu dengan wanita, lelaki dari Afrika sanggup kurung diri dalam rumah selama 55 tahun