Sanggup ‘sorok’ dari pengetahuan suami sah, Peguam Syarie dedah punca kerosakan nasab

Sanggup ‘sorok’ dari pengetahuan suami sah, Peguam Syarie dedah punca kerosakan nasab.

Sikap sebahagian masyarakat zaman kini yang semakin terlibat dalam aktiviti pergaulan bebas amat meresahkan dan membawa mudarat yang besar. Khususnya bagi golongan perempuan, ramai yang mengalami perlakuan yang tidak adil selepas maruah mereka diperdagangkan kepada lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Banyak perempuan memilih untuk merahsiakan kehamilan luar nikah kerana takut bahawa bakal suami tidak akan menerima mereka. Lebih menakutkan lagi, dalam usaha menutup malu akibat keterlanjuran ini, sesetengah individu sanggup melakukan apa saja.

Realiti pahit ini terbongkar melalui akaun TikTok @Peguam Syarie Nabilah Rahim yang berkongsi pengalaman dan aduan yang diterimanya mengenai wanita yang merahsiakan kehamilan luar nikah dari pengetahuan suami sah.

Sanggup 'sorok' dari pengetahuan suami sah, Peguam Syarie dedah punca kerosakan nasab

Peguam Nabila menegaskan bahawa tindakan merahsiakan status kehamilan luar nikah adalah suatu perbuatan yang tidak patut. Anak yang dihasilkan daripada kehamilan tersebut kemudiannya akan dinamakan atau dianggap sebagai zuriat kandung suami mereka. Walaupun perbuatan ini jelas-jelas berdosa dan boleh merosakkan nasab untuk jangka masa panjang, masih ada segelintir orang yang menganggap remeh perkara ini.

Bagi mengatasi masalah ini, Peguam Nabila menggesa agar sebelum berkahwin, ujian kehamilan juga wajib dilakukan selain ujian HIV. Ini bertujuan untuk mencegah dan mengelakkan situasi yang tidak diingini serta memberikan kejelasan kepada kedua pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

@peguamnabilahrahim Jangan kerana takut, kita menipu sehingga menyebabkan keturunan kita rosak.Ini adalah kerosakan yang nyata sehingga membin / bintikan kepada orang yang bukan hubungan darah daging🥺 #peguamsyariekl #peguamsyarienegerisembilan #peguamsyarieputrajaya ♬ original sound – mymy
BACA:
Tak sangka ada sebenarnya ada tempat-tempat tertentu tak boleh letak dalam Google Maps, kalau ‘search’ pasti tak jumpa
Gurauan membawa padah, anak istimewa patah tulang belakang akibat kawan tarik kerusi
Transgender kembali ke fitrah asal menunaikan Umrah, tak sangka ini respon orang sekeliling ketika berada di sana