Satu-satunya gajah sarkas yang dihukum oleh pemilik sendiri, hanya kerana kesalahan yang dibuat oleh manusia

121 tahun yang lalu, pada 4 Januari 1903, Topsy enggan bergerak, dia dikelilingi oleh orang ramai yang melihat dan menunggu. Namun, Topsy tetap tidak bergerak, seolah-olah faham bahawa manusia di sekelilingnya telah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya pada hari tersebut.

Mengapa seekor gajah yang menahan penderaan selama bertahun-tahun untuk menghiburkan orang ramai di sarkas dihukum bunuh? Untuk mengetahui lebih lanjut, baca kisah menyayat hati mengenai Topsy The Elephant ini…

Topsy dilahirkan sekitar tahun 1875, namun kehidupannya di hutan tidak berlangsung lama apabila penyeludup menangkapnya ketika dia masih bayi. Gajah ini dikatakan membuat lintasan transatlantik tanpa menyedari bahaya yang menantinya di hutan konkrit, Bandar New York.

Di sana, Topsy ditangkap oleh ahli perniagaan sarkas, Adam Forepaugh, dan membuat iklan palsu menyatakan bahawa dia merupakan gajah pertama yang dilahirkan di Amerika.

Dianggap sebagai gajah jahat

Satu-satunya gajah sarkas yang dihukum bunuh oleh pemilik sendiri, hanya kerana kesalahan yang dibuat oleh manusia

Selama bertahun-tahun, Topsy patuh kepada arahan tuannya tanpa melawan, namun dia kemudiannya mendapat reputasi sebagai “gajah jahat” kerana membunuh seorang pekerja sarkas, J. Fielding Blount, pada 28 Mei 1902.

Tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya berlaku, tetapi dikatakan Blount masuk ke kandang Topsy dalam keadaan mabuk dan mencucuh gajah malang ini dengan rokok serta melemparkan pasir ke arahnya.

Akibatnya, Topsy bertindak ganas dan menyambar lelaki ini menggunakan belalainya, membalingnya ke tanah sehingga mati.

Sejak itu, Topsy dianggap sebagai gajah jahat, dan Sarkas Forepaugh memutuskan untuk menjualnya kepada Luna Park yang terletak di Coney Island.

Di Luna Park, Topsy diseksa oleh pelatihnya, William “Whitey” Alt. Dalam salah satu insiden, Whitey mencucuk gajah malang ini menggunakan serampang peladang sehingga darah mengalir keluar dari muka dan badannya.

Whitey ditangkap kerana penyeksaan terhadap Topsy, namun media tempatan menyalahkan haiwan ini dengan mengeluarkan tajuk “The Bad Elephant, Makes Trouble At Coney.”

Tidak cukup dengan itu, ketika Topsy mengikut Whitey ke balai polis dan memasukkan kepalanya ke dalam balai, The New York Times mengeluarkan artikel yang menyatakan “Elephant Terrorizes Coney Island Police.”

Akibat insiden ini dan beberapa insiden lain, Luna Park memecat Whitey. Namun, disebabkan pemecatan ini, mereka tidak mempunyai orang untuk menggantikan melatih gajah. Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk membunuh Topsy, “si gajah jahat” ini.

Topsy dihukum mati dengan renjatan elektrik

Pada mulanya, pihak pengurusan Luna Park memutuskan untuk menggantung Topsy di hadapan orang ramai. Namun, disebabkan kemarahan kumpulan hak haiwan, mereka bersetuju untuk membunuh gajah ini dengan renjatan elektrik.

Pada 4 Januari 1903, Topsy dibawa untuk menjalani hukuman matinya. Namun, apabila tiba masanya untuk melintasi jambatan ke tapak renjatan elektrik, Topsy enggan bergerak. Walaupun telah dicucuk dan didorong, gajah ini tetap tidak berganjak.

Akibatnya, pekerja Luna Park menyeret wayar ke arah Topsy untuk diletakkan pada badan gajah tersebut. Menyedihkan, Topsy tidak melawan dan patuh kepada segala arahan. Dia turut mengangkat kakinya apabila disuruh supaya kasut tembaga boleh dipakai untuk memudahkan aliran renjatan elektrik ke atasnya.

Bagi memastikan Topsy benar-benar akan mati, pekerja Luna Park memberikan lobak merah yang disaluti dengan sianida. Ketika dia menelan lobak merah ketiganya, seseorang menjerit “all right,” dan tiba-tiba renjatan sebanyak 6,600 voltan mengalir ke dalam tubuhnya.

Badan Topsy bergemeretak kuat akibat renjatan tersebut sebelum dia rebah ke hadapan. Namun, penyeksaannya tidak berhenti di situ, untuk memastikan bahawa mereka benar-benar membunuh gajah malang ini, pekerja Luna Park memasang tali di leher Topsy dan menjerutnya selama 10 minit.

Keesokan harinya, The New York Times mengeluarkan berita mengenai hukuman yang diterima oleh Topsy ini dengan memanggilnya “gajah besar pembunuh manusia.”

Pembunuhan Topsy ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Malah, dua tahun kemudian, seekor gajah bernama Fanny melarikan diri meninggalkan Luna Park sebaik sahaja dia melalui tempat di mana kepala Topsy ditanam. Gajah tersebut terlalu takut sehingga dia berenang di dalam air menuju ke Staten Island.

BACA:
Sering terpalit dengan kontroversi panas, jawapan Sophia Albarakbah buat ramai tersentak
JAIS dikerah buat siasatan, tular video zikir sambil menari dalam majlis agama
“Tiap malam aku dengar suara tangisan bayi dekat rumah baru, segala terbongkar lepas aku bertegur sapa dengan jiran depan”