“Saya geram, saya dah nak hempas anak saya dekat dinding” – Azhar Sulaiman

“Saya geram, saya dah nak hempas anak saya dekat dinding” – Azhar Sulaiman.

Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan pengalamannya hampir melakukan tindakan di luar kawalan akibat perasaan marah yang meluap-luap.

Melalui perkongsian di TikTok, Azhar menceritakan bahawa ketika anak sulungnya masih bayi, dia terlibat dalam pertengkaran kecil dengan isterinya, Cempaka Emalin Pahamin.

Azhar berkongsi lagi bahawa, disebabkan rasa marah, dia hampir menghempas anaknya ke dinding. Namun, dia cepat tersentak dan beristighfar untuk mengelakkan tindakan yang tidak diingini.

“Saya pernah berada dalam situasi kritikal di mana jika saya membenarkan kemarahan menguasai saya, sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku.

“Saya baru pulang dari penggambaran pada pukul 5 pagi, dan ketika itu, anak saya, Kasih, masih bayi. Saya tiba di rumah melihat Cempaka sedang tidur dan Kasih menangis di sebelahnya. Cempaka meminta saya untuk membuat susu untuk Kasih.

"Saya geram, saya dah nak hempas anak saya dekat dinding" -  Azhar Sulaiman

“Saya memberitahunya, ‘Saya baru saja pulang bekerja, awaklah yang bangun dan sediakan susu anak’. Tetapi dia enggan bangun. Saya merasa geram mendengar Kasih menangis, sehingga saya mengangkat Kasih dengan niat hendak menghempasnya ke dinding.

“Tetapi nasib baik, saya tersentak dan bertaubat. Saya meletakkan Kasih kembali tanpa melakukan tindakan tersebut, dan pada masa itu, saya merasakan badan saya gemetar kerana hampir saja saya melakukan perbuatan yang tidak sewajarnya terhadap Kasih akibat kemarahan terhadap Cempaka,” katanya.

Sementara itu, Azhar memberikan nasihat kepada orang ramai agar mengambil iktibar dari pengalaman yang dialaminya dan tidak bertindak impulsif atau mengabaikan perasaan marah.

“Berdasarkan dua insiden itu, ingatlah ketika kita marah. Kita harus berhati-hati, kerana dalam beberapa saat, kita mungkin membuat kesilapan besar dalam hidup.

“Di dunia ini, tidak ada orang yang tidak pernah marah. Setiap orang akan mengalami situasi marah ketika hatinya terluka atau ketika mereka bertengkar.

“Tetapi kita perlu ingat, apabila marah, kita perlu bersikap berjaga-jaga dan tidak membiarkan perasaan marah menguasai diri,” katanya.

@theazharsulaiman

Behar hampir hempuk Kasih….

♬ original sound – AzharSulaiman
BACA:
“Tanggungjawab sebagai pengerusi FDAM suatu yang berat tetapi saya teruja buat pembaharuan” – Afdlin Shauki
Keajaiban berlaku kepada pasangan ini, bayi 4 bulan diterbangkan puting beliung selamat atas pokok
Ini rupanya sebab-sebab kenapa lelaki Bangladesh suka berpegangan tangan sesama jantina