“Saya macam kena santau, 7 tahun saya bersama walaupun dah tawar hati, semua kantoi lepas saya minum dengan kawan dia”.
Assalamualaikum. Bila dah tak ada sesiapa barulah senang nak bercerita kan? Soal Ina, 32 tahun, yang kahwin dengan seorang lelaki bernama Syamsul dan kini sudah pun memiliki seorang anak perempuan berusia 6 tahun yang bernama Batrisyia.
“Ada yang ingin saya kongsi, pikiran buntu, tidak tahu hendak membuat keputusan, saya tak tahu apakah perlu saya meneruskan perkahwinan ini atau menamatkannya,” kata Ina mula membuka ceritanya menjadi sasaran pukau suami selama 7 tahun.
Dilihat dari luaran, Ina menang nampak tiada kekurangan, cantik dan masih mempesona. Rumahnya pun cantik, biarpun kecil tapi isinya lengkap tiada kekurangan, dan dari segi penderaan, sungguh jauh sekali. Fisikalnya pun sihat.
“Saya tidak ada hati pada dia,” jawab Ina menjurus kepada suaminya Syamsul.
Kenapa pula? dia kan suami kamu? lalu Ina membuka cerita yang berlaku 7 tahun silam: “Waktu itu dia bekerja sebagai pentakbiran sebuah Syarikat Swasta. Saya anak kedua dan tinggal dengan keluarga, saya bekerja dan ada kereta sendiri, dalam pada masa yang sama saya juga memiliki seorang rakan lelaki namanya Zikri.
Dua tahun kami berkawan dan kami bertekad untuk kehubungan selanjutnya, yaitu ‘bertunang’. Kedua belah keluarga juga bersetuju. Kami memberi masa lagi setahun sebelum melanjutkan hubungan kejenjang pelaminan, dan dalam masa itu sempatlah kami mengumpul wang sebagai bekal persediaan ke alam baru.
Suara Ina tiba-tiba terhenti, tertunduk, dan menyapu air matanya. “Manusia hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan,” sambung Ina. Pada suatu pagi, Ina dalam perjalanan kerja terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, keretanya dilanggar dan cukup teruk sehingga harus dibawa ke bengkel.
Di situlah watak Syamsul bermula. Syamsul merupakan salah seorang mekanik di bengkel tersebut dan menunjukkan minat kepada Ina sejak pertama kali mereka bertemu. Kereta Ina yang rosak memerlukan masa sebulan untuk diperbaiki, sekaligus dengan urusan proses tuntutan insurans.
Kejadian ini membuat mereka sering berhubungan, dan Syamsul tidak melepaskan peluang untuk selalu mencari alasan agar mereka berjumpa. Syamsul juga sering mengajak Ina keluar makan, namun Ina selalu menolak dengan baik.
“Pernah sekali Syamsul menyuarakan hasrat hatinya untuk berkawan serius dengan Ina, namun Ina terus terang bahwa Ina sudah bertunang dan akan berkahwin tidak akan lama lagi.” “Selepas itu sikap Syamsul agak berlainan, dia kurang mesra tidak seperti sebelumnya, dan saya pun merasa bagus begitu, sekurang-kurangnya dia tidak kacau saya lagi, dan hubungan kami biarlah atas urusan kereta sahaja,” kata Ina.
Tapi sangkaan Ina tersasar jauh. Pada hari Ina datang mengambil keretanya dan Syamsul menyerahkan kunci, ketika itu Syamsul selamba mengajaknya keluar makan malam dan dengan mudah Ina setuju dengan pelawa itu.
“Sejak hari saya ambil kereta, tiba-tiba saya ikut saja kehendak Syamsul, dia ajak keluar saya keluar, dia telefon, saya angkat, dia mesej saya balas, layan dia dengan baik. Saya tidak tahu kenapa saya buat semua itu,” kata Ina.
Bagaimana dengan Zikri, tunang Ina? “Putus! Saya tak mahu jumpa Zikri langsung, yang ada dalam pikiran saya ketika itu hanyalah Syamsul. Tiada ribut, tiada angin, Ina tiba-tiba berubah hati, puas Zikri memujuk dan bertanya kenapa Ina memutuskan hubungan mereka. Ina hanya mampu berdiam diri, dia tidak menjawab. Kedua ahli keluarga masing-masing turut merasa hairan. Lebih mengejutkan, hanya dalam tempoh dua bulan kemudian Syamsul terus masuk merisik Ina.
“Saya macam tak boleh berjauhan dengan Syamsul ketika itu. Bila dia ajak kahwin saya terus setuju, saya ugut ibu dan ayah jika tak mahu terima pinangan itu, saya akan lari dari rumah,” luah Ina.
Hinggalah mereka disatukan sebagai suami isteri, Ina dibawa oleh Syamsul ke rumahnya sendiri. Apa saja yang dikatakan oleh Syamsul, Ina akan akur tanpa sedikit pun perlawanan. Selepas berkahwin, Ina masih lagi sempat bekerja, namun setahun kemudian dia hamil dan selepas bersalin, Syamsul menyuruhnya untuk berhenti bekerja dan menjadi suri rumah separuh masa untuk mengasuh anak mereka.
“Selama ini saya ikut saja apa kehendaknya, tidak tahu lah kenapa, tapi beberapa bulan lalu baru dapat tahu mengapa saya jadi begitu,” ujar Ina membuka rahasia yang terpendam selama ini. “Pada hari itu saya keluar membeli-belah dengan adik perempuan suami saya, kebetulan kami terserempak dengan kawan lama dia sewaktu bekerja, Nurul namanya.”
“Dia sudah berkahwin dan membawa suaminya, Izam, sebab lama tak jumpa kami pergi minum sekali. Dalam pertemuan itu, Izam memandang saya dengan penuh teliti, dan bertanyakan adakah saya sakit? Saya jawab tidak, Ina sehat saja.”
Dengan meminta maaf terlebih dahulu, Izam membuka satu cerita apa yang dia nampak dalam diri Ina. Izam memang ada kebolehan dalam ilmu perawatan Islam, bahkan ia juga sering membantu pesakit di rumah bapa saudaranya yang dikenai dengan perubatan Islam.
“Senang cakap, barulah saya tahu mengapa sejak dulu saya tiba-tiba berubah dan ikut saja kata Syamsul. Rupanya dia sudah pukau saya dengan ilmu hitam selama 7 tahun.” Katanya dia berubat dengan Izam senyap-senyap hingga ia sembuh kembali.
“Sejak saya sedar ini, saya rasa sangat bersalah terhadap keluarga, dan baru tahu, saya sebenarnya tak ada hati langsung dengan Syamsul, sebelum ini rupanya angkara ilmu hitam, buka perasaan yang datang dari hati saya.”
“Sebab itu sekarang saya benci sangat dengan Syamsul, niatnya menggunakan sihir untuk mendapatkan saya, dia telah hancurkan impian yang telah saya rencanakan dulu.”
“Sekarang saya tidak tahu, apa yang perlu saya lakukan, saya tak mahu teruskan hidup di atas hubungan penipuan ini, awak rasa patutkah saya mohon perpisahan dengan nya?” tanya Ina pada penulis pemberita. Berat soalan ini, Ina.
“Kami bukan pegawai agama, jauh sekali pakar runding masalah rumah tangga, selama ini bagaimakah layanan Syamsul kepada Ina dan anak? Ina jawab, hendak dikatakan suaminya itu suami yang tidak bertanggungjawab, tidak juga.”
Ina akui Syamsul seorang suami yang baik dan bertanggungjawab, nafkah tidak pernah culas, segala galanya disediakan, tapi Syamsul juga ada kepala anginnya, segala galanya harus dengar katanya, segala keputusan hanya dia yang tentukan.
“Tapi Syamsul bukan seorang suami yang mementingkan tiang agama, semenjak saya menikah dengannya, saya tidak pernah melihat dia solat, sampai saya pun alpa dalam sembahyang.” Adakah Syamsul bapa yang baik? Ya, Syamsul bapa yang penyayang, jawab Ina.
Perlukah sampai nak berpisah dengan suami? Kalaupun Ina terkena ilmu hitam pukau Syamsul, bagaimanapun kamu sudah sah menjadi suami isteri dan memiliki seorang anak. Kami beritahu Ina, walaupun Syamsul bukan suami yang terbaik.
Tapi Syamsul masih seorang bapa yang baik dan suami yang bertanggungjawab dan tidak mengabaikan keluarganya, soal sikapnya yang lalai dalam hal agama mungkin belum mendapat hidayah dan bisa diperbaiki sedikit demi sedikit dibantu dengan ikhtiar yang berterusan.
“Tapi saya tak ada hati langsung untuk meneruskan hidup dengannya, perkahwinan ini dibina atas dasar penipuan, saya tak boleh terima,” kata Ina dengan sedikit nada yang agak keras. Kami pun terdiam dan meneguk teh yang disajikan sejak tadi tanpa di sentuh sedikit pun, rasanya pun sudah sejuk.
Kalau berpisah Ina nak buat apa? Kembali semula pada Zakri? Ina terdiam menghela napas panjang. “Tidak… Zikri dah berkahwin dan ada kehidupan sendiri, saya tak mahu ganggu hidup dia lagi.” Sekalipun Syamsul bersalah, tidakkah Ina cuba memberinya peluang semula?
Bina perasaan cinta dalam hati, pandanglah wajah anak Ina, tidakkah kau kasihan melihatnya jika Ina berpisah kelak? “Macam mana saya nak teruskan hidup kalau hati saya tak ada langsung sayang dengan Syamsul, adakah saya harus hidup dalam kepura-puraan?” soal Ina balik. Anda rasa perlukah Ina terus hidup bersama suaminya Syamsul atau mengikut kata hatinya untuk berpisah?