JebatDerhaka

Sebab dan kenapa toyol tak curi duit di mesin ATM, hanya ambil barang yang berada di rumah orang

Mitos mengenai toyol sering menjadi perbincangan hangat dalam masyarakat kita. Kepercayaan ini menyatakan bahawa makhluk ini dipelihara oleh tuannya untuk mencuri wang milik orang lain. Rupa toyol dikatakan ‘menjelma’ seperti kanak-kanak botak, yang umumnya diketahui oleh masyarakat.

Namun, ada satu persoalan yang mungkin jarang difikirkan – mengapa toyol tidak mencuri wang daripada mesin ATM atau bank? Menurut pakar paranormal, toyol mempunyai keterbatasan dalam menghitung dan membaca.

Di dalam bank, wang diikat dan disatukan dalam jumlah tertentu, sedangkan toyol dikatakan hanya boleh mencuri wang yang mempunyai pemilik. Duit di bank tidak diketahui siapa pemiliknya kerana dalam jumlah yang besar. Selain itu, toyol dikatakan sukar menembusi dinding yang diperbuat daripada besi. Di bank, wang disimpan dalam peti keselamatan yang diperbuat daripada besi.

Sebab dan kenapa toyol tak curi duit di mesin ATM, hanya ambil barang yang berada di rumah orang

Umat Islam dibenarkan melakukan ikhtiar ‘memagar rumah’ dengan membaca ayat-ayat ruqyah daripada al-Quran sebagai pendinding. Oleh itu, toyol hanya mampu mengambil wang di tempat yang mudah seperti kediaman, dan ia tidak dilengkapi ciri keselamatan seperti di bank.

Untuk mengelakkan menjadi ‘mangsa’ kecurian oleh makhluk ini, sebagai umat Islam, kita seharusnya melakukan ikhtiar dengan ‘memagar rumah’ dan menyimpan wang di bank untuk keselamatan yang lebih terjamin.

Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberikan penjelasan tuntas mengenai amalan memagar rumah. Dalam hal melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus, Nabi SAW mengajar kita beberapa panduan yang boleh diamalkan, seperti membaca surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi.

Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda, “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya” [Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735)]. Banyak lagi hadis yang menjelaskan mengenai keperluan memagar rumah.

Kesimpulannya, Islam membenarkan memagar rumah selagi mana ia dibacakan ayat-ayat ruqyah daripada al-Quran sebagai pendinding daripada gangguan syaitan. Semoga bermanfaat!

BACA:
Individu dedah layanan MAS yang sebenar, terkandas di India selama 57 jam
Bukan saja-saja dialog filem melayu zaman 80-an dan 90-an berbahasa baku, ini sebab yang ramai tak tahu
Berang ditinggalkan kekasih lepas terlanjur, wanita pergi siam santau ‘ex’ sampai meninggal