Jika diberi pilihan, pasti setiap suami ingin bekerja dekat dengan rumah dan keluarganya. Namun, atas pelbagai kekangan, ramai terpaksa merantau jauh ke negeri lain demi mendapatkan peluang gaji yang lebih baik dan persediaan untuk masa depan. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai perkara tak terduga boleh berlaku kepada anak dan isteri.
Baru-baru ini, melalui akaun TikTok Syifa, seorang gadis berkongsi pengalaman sebak menyaksikan anak saudaranya yang baru menyambut kelahiran adik baru. Ayahnya diketahui sedang merantau untuk bekerja, menyebabkan ibunya melahirkan tanpa kehadiran suami di sisi.
“Isteri melahirkan tanpa didampingi suami… MasyaAllah, aku ikut nangis,” kata Syifa.
@nursyifaa1709 Membalas @aquarius disini umi aku masyallah ikut nangis🥹emng karna disatu sisi sedih kan lahiran anaknya ga didampingi suaminya ,ditambah bapa aku juga kebetulan lagi kebandung,jadi ga ada laki2 selain anaknya tth aku ini yang satu2 harus ngadzanin bayi mamahnya🥹masyallah dengan suara yang amat sangat merdunya a aku tth ama aumi aku ikut terharu🥹🥰sing janten anak anu sholeh tur ngabanggaken keluarga a🤲🏻🫶🏻🥹#masyallahtabarakalllah❤ #adzanqurdi #daengsyawal #adzanviral #adzanmerdu #fypシ #brandatiktok #samsulmaarif #samsul #samsultenjo ♬ suara asli – Mpa_syifa
Namun, yang menyentuh hati adalah perlakuan anak lelaki tersebut yang mengambil tanggungjawab mengazankan adiknya dan terlibat dalam proses menanam uri di sekitar rumah mereka. Syifa menjelaskan bahawa ketika itu, tiada anggota keluarga lelaki yang hadir, oleh itu, anak lelaki itu memainkan peranan penting dengan mengumandangkan azan.
Perlu diketahui bahawa kanak-kanak lelaki ini sebelum ini pernah menyertai pertandingan tilawah Al-Quran, dan ini menjelaskan kemerduan suara azannya. Rakaman berdurasi 1:41 minit itu, yang dikongsi beberapa hari lalu, telah menarik perhatian hampir 30 juta tontonan dari netizen. Banyak yang menghulur pujian kepada keindahan suara azan kanak-kanak tersebut, yang dikatakan cukup menyentuh hati.
@nursyifaa1709 Masyallah ga ada ayahnya buat ngadzannin,bali pas mau di kubur anaknya pun jadi buat menggantikan ayahnya yang ga pulang karna sedang bekerja🥹#samsulmaarif #samsul #masyallahtabarakalllah❤ #adzanqurdi #daengsyawal #adzanviral #adzanmerdu #fypシ ♬ suara asli – Mpa_syifa