Sebelum ditidurkan, Suhaimi Saad sempat minta maaf di media sosial

Sebelum ditidurkan, Suhaimi Saad sempat minta maaf di media sosial.

BEKAS ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor sejak 4 November lalu.

Mohd Syahril Abdul Khalid, ketua kumpulan In-Team dan sahabat Suhaimi, mengesahkan perkara tersebut. Syahril menyatakan bahawa kesihatan Suhaimi telah terjejas beberapa bulan lalu, disertai dengan masalah muntah setiap kali makan yang menyebabkan berat badannya merosot.

“Dia dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu lalu, namun punca penyakitnya saya kurang pasti,” katanya.

mStar cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada isteri Suhaimi, Ina Naim, tetapi usaha tersebut tidak berjaya kerana wanita itu enggan ditemu bual. Anak sulung Suhaimi, Ehmad Hadie Elfardie, yang menjawab panggilan juga tidak dapat memberikan maklumat lanjut dan merujuk untuk berbual dengan ibunya.

“Saya tak boleh beritahu, tunggu ibu kongsi,” katanya.

Sebelum ditidurkan, Suhaimi Saad sempat minta maaf di media sosial

Dalam perkembangan lain, tinjauan ke akaun TikTok Suhaimi menunjukkan beliau sempat meminta maaf kepada pengikutnya dan berterima kasih sepanjang perkenalan mereka pada 5 November lalu. Hantaran tersebut dipercayai telah dibuat sebelum Suhaimi dimasukkan ke hospital.

“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin kepada korang semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang. Assalamualaikum,” kongsinya.

Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat anak. Beliau dikatakan menghidap penyakit kronik, namun butiran lanjut mengenai penyakit tersebut tidak didedahkan oleh pemilik akaun yang menyampaikan berita ini.

BACA:
Sanggup ‘sorok’ dari pengetahuan suami sah, Peguam Syarie dedah punca kerosakan nasab
Perasan tak kalau nampak kapal terbang lalu mesti mengeluarkan asap atau garisan putih? Rupanya ini ‘function’ dia
Nasib tidak menyebelahi lelaki ini, tersangkut dalam kon ketika berteduh hujan