Selebriti buat projek dengan 236 lelaki, catat semua nama sebagai kenang-kenangan.
Seorang selebriti media sosial dari Indonesia menjadi bualan hangat selepas membuat satu pengakuan berani.
Wanita yang dikenali sebagai Siskaeee itu mengaku telah tidur dengan lebih dari 200 lelaki sepanjang hidupnya.
“Jumlah itu (200) sebelum saya masuk penjara. Sekarang mungkin sudah 216,” kata Siskaeee semasa berbual dengan Nikita Mirzani di saluran YouTube Nexera Entertainment, seperti yang dikutip oleh Jawapost.
Siskaeee juga mengaku sangat menyukai aktiviti seks. Oleh kerana minatnya terhadap aktiviti tersebut, dia mencatat semua nama lelaki yang pernah melakukan hubungan intim dengannya.
“Saya catat semua nama mereka sebagai kenangan,” tambahnya.
Dia juga menjawab soalan Nikita mengenai identiti lelaki yang pernah memiliki hubungan intim dengannya.
Antara mereka adalah selebriti, tetapi Siskaeee menyatakan bahawa, berdasarkan perjanjian yang dibuat, dia tidak boleh mendedahkan nama mereka.
“Ada, Bu. Tapi, maaf, Bu. Saya sudah berjanji dengan mereka (tidak akan memberitahu orang lain),” kata Siskaeee.
Demi menjaga kesihatannya, Siskaeee memberitahu bahawa dia menjalani pemeriksaan perubatan setiap tiga bulan dan sentiasa menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks.
Sebelum ini, nama Siskaeee menjadi tumpuan kerana sering membuat konten eksplisit, termasuk memamerkan payudaranya di Instagram. Dia juga pernah terlibat dalam kandungan dewasa sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa.