JebatDerhaka

Seminggu alami gatal-gatal yang serius, wanita terkejut jumpa labah-labah bersarang dalam telinga

Seminggu alami gatal-gatal yang serius, wanita terkejut jumpa labah-labah bersarang dalam telinga.

Seorang wanita di Britain terkejut dan ketakutan separuh nyawa apabila mengetahui bahawa seekor labah-labah telah membuat sarang di dalam telinganya.

Lucy Wild, 29 tahun, mula merasakan ketidakselesaan pada pertengahan Oktober lalu, apabila lubang telinganya terasa gatal, seolah-olah ada sesuatu yang bergerak di bahagian dalam.

Wanita tersebut kemudian menggunakan sebuah alat pengorek telinga pintar yang dilengkapi dengan kamera untuk melakukan pemeriksaan.

Kejadian itu menjadikan dia terkejut apabila menemui seekor labah-labah yang ‘bersembunyi’ di dalam telinganya.

Seminggu alami gatal-gatal yang serius, wanita terkejut jumpa labah-labah bersarang dalam telinga

Walaupun seekor labah-labah berukuran kira-kira 1 sentimeter berjaya dikeluarkan selepas mendapatkan rawatan dari doktor, namun telinga Wild mengalami pendarahan dan masih terasa sakit.

Episod seram ini belum berakhir kerana pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sarang labah-labah di dalam telinganya.

Walau bagaimanapun, dengan bantuan doktor pakar, telinga Wild berjaya dibersihkan dari sarang labah-labah tersebut.

Wild menggambarkan pengalaman mengeluarkan objek itu sebagai sangat sakit dan meninggalkan trauma yang mendalam.

Walaupun begitu, Wild turut berasa gembira kerana masalah telinganya telah berjaya diselesaikan.

SUMBER

BACA:
‘Setting’ yang boleh merubah tumbesaran dan pelajaran kanak – kanak, elak kandungan lucah mudah diakses
Lelaki ditangkap pihak polis, dakwa wajah anak tak seiras miliknya
Arab Saudi umum jumpa emas di lombong sepanjang 100km, bakal menjadi negara yang terkaya