Penggunaan internet pada masa kini dari pelbagai lapisan masyarakat dan umur semakin menimbulkan kebimbangan, terutamanya jika tidak ada kawalan yang ketat. Semua jenis maklumat boleh diakses, dan lebih buruk lagi, kanak-kanak turut terdedah kepada pelbagai carian tanpa batasan.
Keadaan menjadi lebih risau jika kanak-kanak terdedah kepada kandungan tidak senonoh seperti bahan lucah, yang boleh memberi kesan kepada pemikiran mereka secara tidak langsung.
Menyedari perkara ini, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah menekankan keperluan untuk mengawal dan mengawasi kandungan yang ditujukan kepada kanak-kanak. Ini kerana terdapat tema kandungan tertentu yang boleh memberi impak negatif terhadap tingkah laku dan pemikiran kanak-kanak.
Bagi ibu bapa, perkara sebegini tidak boleh diabaikan kerana boleh membawa kesan buruk kepada anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu tegas dalam mengawal dan mencegah anak-anak dari terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai.
Kini, dengan pelbagai kemudahan di internet, terdapat juga pelbagai cara untuk memastikan telefon pintar yang digunakan oleh anak-anak tidak terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai, termasuklah bahan lucah.
Pantau dan Kawal Akses Internet pada Telefon Pintar Anak
Salah satu cara yang popular untuk memastikan anak-anak tidak terdedah kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya di media sosial adalah dengan menggunakan aplikasi Family Link. Mengapa aplikasi ini sering menjadi pilihan dan disyorkan di dalam artikel ini?
Aplikasi Family Link membolehkan ibu bapa memantau peranti yang digunakan oleh anak-anak, terutamanya dengan mengawal Google Play, Chrome, dan perkhidmatan lainnya. Sebagai contoh, apabila ibu bapa menetapkan had umur untuk sesuatu aplikasi, anak-anak tidak akan dapat mengakses aplikasi atau kandungan yang melebihi had umur yang ditetapkan.
Langkah pertama yang perlu diambil oleh ibu bapa adalah memuat turun aplikasi Google Family Link for Children & Teenagers.
Di peranti ibu bapa
Di Peranti Anak
Di peranti ibu bapa
Di peranti anak
Di peranti ibu bapa
Buat Laporan Untuk Padam Kandungan yang Langgar Etika
Ibu bapa juga boleh bertindak dengan membuat aduan terhadap kandungan yang dianggap tidak beretika atau kurang sopan. Caranya adalah dengan mengemukakan aduan kepada Biro Aduan CMCF atau menghantar aduan melalui emel ke [email protected]. Secara alternatif, aduan juga boleh dibuat kepada MCMC melalui portal Aduan MCMC.
Jika kandungan tersebut didapati melanggar undang-undang atau garis panduan yang ditetapkan dalam Kod Kandungan CMCF, tindakan lanjut mungkin diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.
Pengguna juga boleh merujuk kepada CMCF untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kawalan kendiri di platform media sosial. Terdapat pelbagai cara untuk memastikan persekitaran media sosial yang diakses oleh anak-anak adalah selamat.
Walau bagaimanapun, langkah pertama adalah melibatkan tindakan dan pemantauan oleh ibu bapa supaya golongan muda tidak terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai. Ada baiknya merujuk kepada Kod Kandungan yang telah disediakan oleh CMCF sebagai panduan kepada orang ramai, termasuk ibu bapa.