Seorang pekebun wanita menemui ajal selepas diserang seekor ular sawa besar ketika sedang dalam perjalanan untuk menjual hasil kebunnya, dalam kejadian pada hari Jumaat.
Mangsa, Farida, yang berumur 50 tahun, dilaporkan hilang oleh suaminya apabila dia tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dikesan sejak hari Khamis.
Menurut portal Wartabanjar, kejadian malang itu berlaku di Dusun III Paraja, Desa Kalempang, wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.
![Suami berlapang dada, jumpa mayat isteri dalam perut ular sawa lepas 4 hari tidak pulang ke rumah](https://jebatderhaka.com/wp-content/uploads/2024/06/Suami-berlapang-dada-jumpa-mayat-isteri-dalam-perut-ular-sawa-lepas-4-hari-tidak-pulang-ke-rumah.jpg)
Penghulu Desa Kalempang, Suardi Rosi, menyatakan bahawa suami mangsa telah menemui seekor ular besar berukuran tujuh meter dengan bonjolan pada perutnya.
Curiga dengan keadaan perut ular sawa tersebut, suaminya memanggil penduduk kampung untuk membunuh haiwan liar itu.
Setelah perut ular tersebut dibelah, mereka menemui mayat Farida di dalamnya.