Suami setuju bayar RM1.39 juta jika isterinya…

Suami setuju bayar RM1.39 juta jika isterinya….

Isteri kepada seorang jutawan, Jamal Al Nadak, 32, telah menetapkan syarat supaya suaminya membayar sejumlah AS$300,000 (RM1.39 juta) sebelum mendapat persetujuan untuk mengandung.

Bayaran untuk seorang anak

Berdasarkan laporan Dailymail, wanita yang dikenali sebagai Soudi Al Nadak, 26, dari Sussex, Britain telah berkahwin dengan seorang jutawan dari Dubai selama tiga tahun.

Pasangan tersebut kini menetap di Dubai, menikmati gaya hidup mewah.

Suami setuju bayar RM1.39 juta jika isterinya…

Dalam video yang ditonton oleh lebih daripada 2.3 juta orang dalam masa kurang daripada seminggu, Soudi membincangkan kehamilannya dan perkara-perkara yang tidak boleh dirundingkan semasa fasa tersebut.

“Sebelum saya mengandung dengan suami jutawan saya, inilah semua perkara yang tidak boleh dirundingkan yang kami bincangkan.

Ini termasuk sesi terapi, fisioterapi, jurulatih peribadi, akupunktur, dan sesi urut bayi juga.

Saya perlu kekal aktif dan sihat untuk suami dan bayi.

Suami setuju bayar RM1.39 juta jika isterinya…

Bukan itu sahaja, Soudi juga menyatakan bahawa dia mengharapkan akan dibayar elaun setiap kali mengandung dan mendapat akses penuh kepada kad kredit suaminya jika berlaku kecemasan.

Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad suami jika berlaku kecemasan.

Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap anak. Ini bermaksud untuk seorang anak, ia akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua anak, nilainya akan menjadi AS$600,000 (RM2.79 juta).

@soudiofarabia Its the least he could do right? #dubai #millionaire #ksa #fyp ♬ MONACO – Bad Bunny
BACA:
Berang layanan terhadap dirinya kurang memuaskan, wanita nekad tukar ‘password’ rakan sekerja lepas berhenti
RM16,000 ‘burn’ sekelip mata, sepasang suami isteri putih mata plan bulan madu batal gara-gara pasport
Hati-hati kalau nampak tulisan dan gambar seperti ini, elakkan dari masuk kedai makan tersebut