Suami tak sangka, isteri rupanya pernah termasuk dalam gambar yang sama pada tahun 2016

Benarlah kata orang, jodoh kadang-kadang datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Kisah takdir yang unik dialami oleh seorang wanita bernama Yana, yang mendedahkan pengalaman menariknya melalui perkongsian di platform TikTok.

Pada tahun 2016, saya bergambar dengan kawan-kawan saya tanpa mengetahui siapa mereka.

Rentastic Register Page

Dalam perkongsian di TikTok, Yana mendedahkan bahawa dia dan suaminya sebenarnya pernah berada dalam satu gambar bersama tanpa disedari pada tahun 2016. Ketika itu, Yana dan rakan-rakannya tengah hangout di sebuah kedai makan.

Ternyata, suaminya dan lima orang rakan juga berada di restoran yang sama dan duduk di meja sebelah. Secara kebetulan, mereka turut mengambil selfie di mana kelibat Yana turut terdapat dalam gambar tersebut.

Siapa sangka, selepas tujuh tahun berlalu, mereka berdua bertemu jodoh dan akhirnya menjadi suami isteri.

Rentastic Register Page

Mengimbau kembali kejadian yang tak disangka itu, Yana berkongsi bahawa mereka pernah menuntut di sekolah yang sama pada suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, Yana tidak pernah menyedari kewujudan lelaki tersebut sepenuhnya.

“Dah bergambar sama-sama, padahal tidak kenal, ternyata bernikah,” seloroh Yana dalam kisah yang telah meraih lebih daripada 800,000 tontonan di TikTok.

VIDEO TEKAN DISINI

BACA:
“Tiap malam aku dengar suara tangisan bayi dekat rumah baru, segala terbongkar lepas aku bertegur sapa dengan jiran depan”
Elak buat 5 perkara ini jika tidak mahu aircond kenderaan anda cepat rosak
Hamdan Senario meninggal dunia