Suara yang sering kita dengar dalam MRT rupanya milik wanita ini – “Stesen berikutnya TTDI”

Apabila menggunakan pengangkutan awam, adalah penting untuk sentiasa berhati-hati terhadap stesen-stesen yang dilalui, terutamanya rangkaian transit aliran ringan dan berat (LRT) serta (MRT).

Ini penting untuk memastikan kita tidak terlepas stesen dan terlanjur ke destinasi yang tidak diingini. Biasanya, anda boleh mengenal pasti lokasi terkini anda melalui panel yang terletak di bahagian atas kepala penumpang.

Jika penumpang mengalami masalah penglihatan buruk atau buta, mereka akan bergantung pada pengumuman suara yang akan diberikan sebelum tren tiba di stesen.

Apabila suara tersebut berulang kali kedengaran, anda akan dapat menghafal skrip pengumuman yang dilontarkan oleh pemberi suara.

Semasa mendengar suara wanita tersebut semasa menggunakan MRT, pernahkah anda bertanya-tanya siapakah individu di sebalik suara yang lembut itu.

Suara yang sering kita dengar dalam MRT rupanya milik wanita ini - “Stesen berikutnya TTDI"

Seorang penyanyi, Atilia Haron (@atiliaharon) telah mendedahkan identiti di sebalik suara keramat MRT “Stesen berikutnya..”

“Jika anda semua kagum mendengar saya menyanyikan lagu Paddlepop, Malaysia Truly Asia dan sebagainya…”

“Wanita di sini (menunjuk ke arah wanita tersebut). Adakah awak boleh memberikan sesuatu… yang berkaitan dengan MRT,” kata Atilia.

Wanita tersebut kemudian melontarkan skrip ketika tren MRT menuju ke stesen TTDI untuk kedua-dua versi.

“Stesen berikutnya, TTDI… Next station, TTDI,” ujar wanita tersebut.

Suara lembut dari wanita tersebut persis seperti yang kita dengar di dalam tren MRT.

Ternyata, wanita tersebut adalah individu di sebalik suara yang menemani anda sewaktu menggunakan pengangkutan awam tersebut.

Wanita tersebut dikenali sebagai Suehaily Abdullah, yang juga merupakan bekas pembaca berita untuk RTM English.

“Legenda!,” kata Atilia kepada Suehaily sambil menunjukkan perasaan kagum kepadanya.

Makluman ini telah menarik perhatian pengguna media sosial dengan mencapai kira-kira 375.3k jumlah tontonan dan 28.4k likes.

Ramai pengguna TikTok terkesan dengan kelentikan suara Suehaily dan suka mendengarnya semasa menggunakan pengangkutan awam.

@atiliaharon

Someone tag Suhaili pls. I love her ❤️

♬ original sound – Atilia Haron – Atilia Haron

“Suara kak Suehaily sentiasa saya dengar setiap kali naik MRT ke Damansara,” komen pengguna.

“Suara dia sebiji macam pengumuman dalam MRT & LRT hehe,” komen salah seorang netizen.

“Rasa seolah-olah berada dalam tren,” kata seorang lagi pengguna.

Sebelum ini, Atilia telah menjadi viral di media sosial selepas mendedahkan bahawa dia adalah individu di sebalik lagu-lagu iklan popular di Malaysia.

Beliau merupakan penyanyi untuk iklan Paddlepop, Malaysia Truly Asia, dan lain-lain lagi.

BACA:
30 tahun aku merana, benda yang sama mesti berlaku bila tiba hari raya, paling aku ingat sampai bila-bila pakaian yang aku pakai
Susunan peristiwa ikut turutan kes cubaan tembak isteri dan pegawai yang cedera di KLIA
Servis bertukar tangan, giliran Alif Syukri disaman sebanyak RM70 juta dengan Tan Sri Abdul Kadir