JebatDerhaka

Sudah 6 tahun berkahwin, lelaki terkejut baru tahu yang isterinya…

Sudah 6 tahun berkahwin, lelaki terkejut baru tahu yang isterinya…

Seorang lelaki Arab terpaksa menceraikan isterinya setelah mengetahui bahawa wanita itu sebenarnya adalah bekas ibu tirinya sendiri, walaupun mereka telah bersatu selama enam tahun.

Lelaki yang enggan mendedahkan identitinya mengakui bahawa sepanjang enam tahun perkahwinan, meskipun mereka dikurniakan seorang anak lelaki, dia tidak pernah membawa isterinya berjumpa dengan ahli keluarganya. Rahsia ini terbongkar apabila lelaki itu nekad untuk memperkenalkan isterinya kepada bapa dan ahli keluarganya yang lain.

Apabila tiba di rumah, bapa lelaki tersebut terkejut melihat menantunya sebenarnya adalah bekas isterinya yang pernah dikahwininya 10 tahun lalu. Bapa tersebut menerangkan bahawa dia dan wanita itu pernah berkahwin secara misyar, tetapi mereka telah berpisah. Berikutan daripada itu, keluarga ini membuat keputusan untuk mencari khidmat nasihat daripada mereka yang lebih arif.

Sudah 6 tahun berkahwin, lelaki terkejut baru tahu yang isterinya…

Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi dan ahli Majlis Ulama Kanan, Abdullah Al Mutlaq, menyatakan lelaki tersebut perlu menceraikan isterinya kerana perkahwinan tersebut dianggap tidak sah. Namun demikian, status anak lelaki pasangan ini diiktiraf sebagai anak sah taraf.

Perlu diingat, perkahwinan misyar adalah satu bentuk pernikahan yang dilakukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan batin, dan isteri tidak dapat menuntut sebarang hak. Kaedah ini menjadi pilihan bagi lelaki yang ingin memiliki lebih daripada satu isteri, tetapi enggan bertanggungjawab dari segi nafkah, seperti tempat tinggal dan tanggungjawab terhadap anak-anak.

BACA:
Keadaan terkini Nas Ahmad, derita sakit jantung dan menjadi asnaf di bandar
Malaysia semakin kehadapan, bakal melancarkan satelit terkecil di dunia buatan sendiri
Lebih 200 kanak-kanak ‘tewas’ berpunca daripada ubat batuk