Sudah jatuh ditimpa tangga, pelakon hidup melarat selepas cerai, ‘dipalau’ anak-anak dekat whatsapp

Seolah-olah telah jatuh ditimpa tangga, kehidupan pelakon Indonesia Fahmi Bo kini terus merudum selepas beliau resmi bercerai dengan isterinya pada bulan September yang lalu.

Tidak hanya terpaksa tinggal dalam sebuah rumah sewa yang kecil, malah Fahmi, 50 tahun, juga menghadapi cabaran lapar kerana kesukaran kewangan yang menyebabkannya tidak mampu untuk membeli makanan.

“Setiap hari saya hanya duduk di rumah sahaja. Jika ada makanan saya akan makan, jika tidak saya tahan lapar. Kalau terlalu mendesak saya akan meminta bantuan.

“Pernah juga saya tidak makan selama dua hari. Saya kuat tahan lapar,” ujarnya.

Kisah sedih pelakon sinetron “Tukang Ojek Pengkolan” ini telah menarik perhatian aktres Nikita Mirzani yang prihatin dan memberikan bantuan pada awal Disember lalu.

Sudah jatuh ditimpa tangga, pelakon hidup melarat selepas cerai, 'dipalau' anak-anak dekat whatsapp

Fahmi tidak lagi aktif dalam bidang lakonan selepas diserang penyakit angin ahmar pada tahun 2018. Beliau dan bekas isterinya, Nita, telah berpisah sejak dua tahun yang lalu sebelum mereka akhirnya bercerai.

Lebih menyedihkan lagi, dua orang anak lelaki Fahmi juga nampaknya tidak mengendahkan nasib susah bapanya ini.

“Saya berjumpa dengan mereka (anak-anak) semasa majlis perkahwinan anak sulung pada bulan Jun yang lalu, tetapi pada masa itu saya tidak dianggap sebagai bapa. Saya hanya hadir sebagai tetamu.

“Saya juga bertanya kepada anak bongsu kenapa dia menyekat saya di WhatsApp tetapi dia tidak memberikan jawapan,” ceritanya.

Sudah jatuh ditimpa tangga, pelakon hidup melarat selepas cerai, 'dipalau' anak-anak dekat whatsapp
BACA:
‘Setting’ yang boleh merubah tumbesaran dan pelajaran kanak – kanak, elak kandungan lucah mudah diakses
Lelaki ditangkap pihak polis, dakwa wajah anak tak seiras miliknya
Arab Saudi umum jumpa emas di lombong sepanjang 100km, bakal menjadi negara yang terkaya