JebatDerhaka

Syarikat keluar iklan cari pengecap kaki ayam, bakal dibayar RM13,000 untuk rasa dua hidangan

Syarikat keluar iklan cari pengecap kaki ayam, bakal dibayar RM13,000 untuk rasa dua hidangan.

Sebuah syarikat makanan di wilayah Zhejiang, China telah menarik perhatian ramai selepas mengeluarkan iklan mencari pengecap kaki ayam di media sosial, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Thaiger semalam.

Syarikat tersebut sedang mencari pekerja yang akan diberi tugas untuk merasai pelbagai rasa hidangan kaki ayam, dan mereka menawarkan gaji yang lumayan.

Calon yang terpilih dikehendaki makan kaki ayam semasa sarapan pagi dan makan tengah hari, dengan bayaran antara 15,000 yuan (RM9,833) hingga 20,000 yuan (RM13,110).

Walaupun tiada had umur atau jantina yang ditetapkan, calon dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam memakan kaki ayam dan pelbagai jenis makanan lain.

Syarikat keluar iklan cari pengecap kaki ayam, bakal dibayar RM13,000 untuk rasa dua hidangan

Seorang pegawai Sumber Manusia dari syarikat tersebut yang dikenali sebagai Wu telah mengesahkan iklan jawatan tersebut. Mereka telah menerima hampir 2,000 resume dan menyenaraikan empat calon akhir.

Menurut Wu, calon yang dipilih dikehendaki memberikan cadangan kepada syarikat untuk memenuhi keperluan pengguna serta untuk meningkatkan dan membangunkan produk pada masa hadapan.

BACA:
Dakwa isteri hilang ikut lelaki lain, segala terbongkar lepas jual rumah dekat abang ipar
Selepas 30 tahun, aisberg berkeluasan 4,000 kilometer persegi mula cair dan hanyut ke Lautan Selatan
Pemandu ambulans alami detik seram, ‘terserempak’ dengan pontianak lepas hantar jenazah