JebatDerhaka

Syarikat yogurt tawar hadiah lumayan, boleh dapat RM47,000 jika hidup tanpa telefon selama sebulan

Syarikat pembekal yogurt, Siggi’s Dairy, kini menawarkan hadiah sebanyak AS$10,000 (RM47,160) kepada individu yang berjaya menjalani kehidupan tanpa menggunakan telefon pintar selama sebulan.

Menurut laporan akhbar New York Post semalam, syarikat yang berpusat di negeri New York tersebut telah mengumumkan peraduan yang menarik ini.

“Daripada meminta orang ramai menahan diri daripada alkohol selama sebulan, kami mencabar anda untuk tidak menggunakan telefon pintar anda. Kami percaya akan kuasa untuk menjalani kehidupan secara lebih sederhana tanpa banyak gangguan. Salah satu gangguan terbesar dalam hidup kita hari ini ialah telefon pintar,” kata wakil syarikat.

Syarikat yogurt tawar hadiah lumayan, dapat RM47,000 hidup tanpa telefon selama 30 hari

Sejumlah 10 peserta akan dipilih berdasarkan esei yang mereka serahkan kepada syarikat. Bagi memastikan peserta mematuhi peraturan untuk tidak menggunakan telefon pintar, Siggi’s Dairy akan menghantar peti berkunci yang menyertakan telefon kecil beserta kad SIM prabayar untuk digunakan selama sebulan kepada setiap peserta.

Pada akhir peraduan, 10 peserta yang berjaya akan mendapat hadiah wang tunai dan turut membawa pulang 60 cawan yogurt hasil keluaran syarikat tersebut. Tempoh pendaftaran peraduan telah bermula semalam dan akan berakhir pada 31 Januari ini.

BACA:
Dari hobi bertukar kerjaya, pakcik raih RM20,000 sebulan hanya dengan menanam betik
Pelajar kolej hamil 5 minggu reka cerita nak tutup malu, hasil perbuatan terlarang dengan kekasih
Tak puas hati adik asyik pergi bercuti dan tak bagi cucu, abang sanggup santau adik sendiri