Tak guna produk petroleum macam Malaysia, Petronas di Brazil guna bahan api etanol hasil dari tebu

Baru-baru ini tular berita mengenai pembukaan stesen minyak PETRONAS pertama di Brazil. Stesen yang mula beroperasi pada minggu lalu ini merupakan stesen pertama jenama petroleum Malaysia dibuka di luar negara dengan kerjasama syarikat Argenta Group, pengedar bahan api di sana.

Perlu diingat bahawa stesen minyak ini tidak menawarkan produk petroleum yang sama seperti di Malaysia. Salah satu yang menarik perhatian netizen ialah penjualan produk PETRONAS Etanol Comum dan PETRONAS PRIMAX Etanol, yang jauh lebih murah berbanding bahan api lain.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa itu etanol? Etanol merupakan salah satu bentuk alkohol yang selamat digunakan dan boleh didapati dalam minuman, pewangi, dan juga pencuci. Etanol mudah diperoleh dari tumbuhan seperti jagung, barli, dan tebu.

Tak guna produk petroleum macam Malaysia, Petronas di Brazil guna bahan api etanol hasil dari tebu

Tahukah anda bahawa Amerika Syarikat dan Brazil adalah dua negara pengeluar etanol terbesar di dunia? Namun, kedua-dua negara ini menggunakan sumber mentah yang berbeza untuk menghasilkan etanol. Amerika Syarikat menghasilkan etanol dari jagung, manakala Brazil pula menggunakan tebu.

Brazil telah lama memanfaatkan kelebihannya dalam industri pengeluaran etanol. Pada tahun 1975, negara itu melancarkan Program Etanol Kebangsaan (Programa Nacional do Álcool – Próalcool) dengan matlamat untuk menjadi negara pengeluar, pengguna, dan pengeksport etanol dari tebu yang pertama di dunia.

Program ini terbukti berjaya dan membantu mengurangkan kebergantungan Brazil terhadap import petroleum. Malah, etanol juga telah menjadi sumber tenaga alternatif yang lebih murah dan lebih mesra alam.

Penjualan PETRONAS Etanol Comum dan PETRONAS PRIMAX Etanol di stesen minyak Brazil merupakan satu langkah yang strategik untuk meluaskan pasaran produk PETRONAS di luar negara.

Kejayaan program etanol di Brazil boleh menjadi inspirasi kepada Malaysia untuk meneroka potensi bahan api bio yang lain seperti etanol sebagai sumber tenaga alternatif yang lebih mampan.

BACA:
Hidangan utama tak sampai lagi pasangan suami isteri dah hilang selera, jumpa bangkai tikus dalam kuah tosai
Aeril Zafril buru penceroboh rumah, jumpa barang pelik dalam tong sampah dipercayai sihir
Khemah jemaah haji dari Korea di Mina sangat mewah, tahap keselesaan macam duduk dalam rumah