Tak kongsi isu Palestin dekat media sosial miliknya, influencer dikecam netizen lepas bersuara pertahan diri

Tak kongsi isu Palestin dekat media sosial miliknya, influencer dikecam netizen lepas bersuara pertahan diri.

Dapat dilihat konflik Israel-Palestin yang sedang tercetus ketika ini, ramai selebriti dan influencer memberanikan diri menyatakan solidariti masing-masing.

Namun, ada juga yang lebih selesa mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruh mereka berkongsi tentang isu ini di media sosial.

Perkara itu telah mengundang sindiran dan kritikan segelintir masyarakat kerana dilihat seolah-olah takut karier mereka musnah.

Seorang influencer media sosial turut tidak terkecuali disoal netizen apabila dia tidak berkongsi mengenai isu ini di platform media sosialnya.

Influencer yang dikenali sebagai Syamimia baru-baru ini memuat naik sebuah video di TikTok bagi menjawab komen seorang pengikut yang meminta untuk menggunakan platform media sosialnya menyuarakan mengenai isu Palestin.

Tak kongsi isu Palestin dekat media sosial miliknya, influencer dikecam netizen lepas bersuara pertahan diri

Menurut Syamimia, dia berhasrat untuk memberi sumbangan seperti pempengaruh yang mempunyai nama besar tetapi buat masa ini dia hanya mampu berdoa.

Tambahnya, dia kini lebih fokus kepada keperluan keluarga dan mahu membuat kebaikan dengan secara menyeluruh, bukannya dengan mengikut isu tertentu.

“Tidak berkongsi tidak bermaksud tidak mengambil tahu, tidak tahu, jahil atau tidak sayang. Kita semua ada rahsia, hanya tuhan saja yang tahu.

“Sama-samalah perbaiki diri kita, sokong mana yang benar dan sumbangkan doa. Jika ada rezeki lebih, salurkan sumbangan kepada tabung-tabung yang sahih,” ujarnya.

Bagaimanapun, netizen tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan kerana dianggap tidak berani menyatakan sokongan terhadap Palestin secara terang-terangan.

Namun, Syamimia tetap dengan pendiriannya dan menegur agar netizen tidak membuat sebarang andaian kerana tidak semua perkara perlu dikongsi di media sosial.

@whoyouur reposting because the video got removed. Syamimia should use her platform to spread awareness. Jangan jadi macam raja iilya. ignorant. #fyp #palestine #savepalestine🇵🇸 #notbullying #speakthetruth ♬ original sound – nyewhew
BACA:
Warga asing semakin ‘mengganas’, buka meja berniaga di pasar malam, penduduk luah rasa pelik
“Sebab ayah buat mak macam orang gaji, mak nekad balik kampung, aku tak ikut sebab kesiankan ayah, rupanya ‘kesian’ aku membawa padah”
Majlis kahwin paling unik, senarai jumpah kalori dalam setiap hidangan yang ada