Tak padan dengan umur dan sangat bahaya, bapa dikecam gara-gara bawa anak 2 tahun panjat gunung

Tak padan dengan umur dan sangat bahaya, bapa dikecam gara-gara bawa anak 2 tahun panjat gunung.

Aktiviti mendaki gunung memang popular dalam kalangan individu yang gemarkan sukan lasak. Aktiviti seperti ini selalunya melibatkan golongan dewasa yang gemarkan alam dan dalam masa sama mempunyai stamina yang kuat.


Namun, apakah perasaan anda jika aktiviti mendaki gunung turut disertai oleh kanak-kanak berusia sekitar 2 tahun?


Hal ini yang sedang hangat dibincangkan netizen setelah sepotong klip video yang memperlihatkan seorang bapa membawa anaknya ‘mendaki’ Gunung Kerinci, Indonesia viral di media sosial.

Ramai yang mengutuk orang tua kepada kanak-kanak berkenaan dengan melabelkan mereka sebagai ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dan merasakan aktiviti tersebut terlalu bahaya untuk individu yang masih kecil.


Tidak berapa lama viral di media sosial, Ketua Seksyen Pusat Taman Negara Kerinci Seblat (TNKS), Nurhamidi mengesahkan perkara berkenaan benar-benar berlaku.

Tak padan dengan umur dan sangat bahaya, bapa dikecam gara-gara bawa anak 2 tahun panjat gunung


Katanya, kanak-kanak itu memanjat bersama ibu bapanya dengan bantuan Gaet (pemandu pelancong) dan pembantu tempatan.


“Ya, betul, itu terjadi di Gunung Kerinci dan pendakian dipandu pemandu dan ada juga pembantu terdiri daripada warga Kerinci setempat,” kata Nurhamidi kepada detikSumbagsel.


Nurhamidi menjelaskan pendakian tersebut dilakukan pada 15 Ogos sebelum turun semula dua hari kemudian.


“Kanak-kanak yang mendaki ini asal dari Surabaya dan dia bersama kedua orang tuanya yang biasa naik gunung. Naik pada 15 Ogos turun 17 Ogos 2023,” ungkap Nurhamidi.


Menurut Nurhamidi, orang tua kepada kanak-kanak itu akan menanggung segala risiko memandangkan mereka yang membawa anak untuk mendaki gunung.


“Apa yang jelas itu bukan ibu dan anak sahaja, tetapi mereka berada dalam rombongan ketika mendaki, dan turut dibantu ketika mendaki,” kata Nurhamidi lagi.


Menerusi video yang tular, kanak-kanak kecil yang diajak memanjat itu dilihat memakai jaket berona merah jambu yang sangat tebal. Manakala ibu bapanya pula dilihat memakai topi dan berpakaian seperti pendaki.
Berkenaan dengan boleh atau tidak anak kecil dibawa mendaki, Nurhamidi berkata: “Kalau soal ini, sudah tentu tidak ada peraturan mengenai umur berapa orang boleh mendaki, kerana mendaki adalah untuk orang ramai, tiada had umur, cuma kanak-kanak kecil atau bawah umur, selalunya semuanya adalah tanggungjawab ibu bapa dan bukan, jelas Nurhamidi.


Setakat ini, Nurhamidi mengesahkan ini bukan kali pertama anak kecil dibawa ibu bapanya mendaki. Hal seperti ini sering berlaku, tetapi setakat ini tidak ada masalah.


“Sehingga kini kami tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian seperti apa yang berlaku, kerana ada pembantu setiap kali pergi mendaki jika membawa kanak-kanak,” katanya.
Nurhamidi juga berkata, suhu di puncak Gunung Kerinci mencecah 10 darjah Celsius dan sudah tentu suhunya sangat sejuk berbanding suhu biasa.


Untuk rekod, Gunung Kerinci merupakan sebuah gunung yang terletak di Sumatera, Indonesia. Gunung Kerinci mempunyai ketinggian setinggi 3,805 meter daripada aras laut dan merupakan gunung berapi tertinggi di Indonesia.


Gunung ini memiliki kawah berbentuk kerucut dengan dinding bahagian atas berukuran 600 x 580 meter dan 120 x 100 meter untuk dinding bahagian bawah. Kawah ini diisi oleh air dengan warna hijau kekuning-kuningan.

@nda_ri_

sakmonoo dhuwure saknoo 🙄😱🥲

♬ original sound – .
BACA:
Wanita syukur surat bertulis tangan disampaikan terus kepada Raja Permaisuri Agong, ini yang ditulis individu itu
“Penjaja kecil seperti penjual pisang goreng, karipap, keropok lekor dan ayam gunting juga termasuk dalam senarai” – KPDN
“Nak masuk Pulau Kapas macam nak masuk Thailand” – Pelancong tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan