JebatDerhaka

Tak sangka masih elok dan bersih, dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun

Tak sangka masih elok dan bersih, dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun.

Pernahkah anda berdepan dengan situasi dompet hilang, atau lupa letak dimana sampai cari berjam-jam, berhari-hari seminggu lebih baru jumpa? Lebih malang lagi kalau langsung tak jumpa, adoi!

North Canton Middle School akhirnya menemui semula dompet milik seorang pelajar perempuan yang hilang sejak 63 tahun lalu yang ditemui disebalik loker.

Penemuan tidak sengaja ini berlaku selepas penjaga sekolah mahu membaiki loker yang rapat pada bahagian dinding. Namun tidak menyangka dia menemui sebuah dompet yang nampak usang disebalik loker tersebut.

Tak sangka masih elok dan bersih, dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun

Pihak sekolah kemudian melakukan penyiasatan untuk mengesan semula pemilik dompet tersebut.
Selepas diselidik, mereka mendapat dompet itu kepunyaan bekas pelajar sekolah berkenaan iaitu Patti Rumfola yang pernah melaporkan kehilangan dompet pada tahun 1957. Bagaimana pun, Patti Rumfola telah meninggal dunia pada usianya 71 tahun.

Sejak penemuan dompet tersebut, ramai yang teruja untuk melihat isi kandungan yang terdapat di dalamnya.
Selepas berhubung dengan waris keluarga Patti Rumfola, pihak sekolah dan keluarganya bersama-sama membongkar isi yang ada dalam dompet itu. Hasilnya?

Seperti mana gadis lain, Patti membawa sikat dan alatan solek dalam dompetnya yang kelihatan masih baik, selain kad perpustakaan dan juga jadual perlawanan bola sepak pada tahun 1956. Beberapa keping gambar hitam putih dan gula-gula getah turut ada dalam dompet tersebut.

Tak sangka masih elok dan bersih, dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun

Aku rasa bukan hilang ni. Aku rasa mula-mula member dia niat nak bergurau, dia soroknya dompet, sekali member yang hilang dompet tu mengamuk, terus kawan dia takut nak pulangkan semula.

Orangnya memang cantik anggun tapi zaman dulu guru-guru memang sangat tegas mak bapak dulu pun suruh cikgu buat apa yang patut nak bantai ke nak rotan ke lari 10 pusingan kat padang ker janji anak dia jadi orang yang baik dan berkhidmat untuk pekerjaan dia.

Tulisan orang perempuan mat salleh memang jenis macam tu rasanya.. Teringat dulu. Pernah kakak ada kawan pen-pal dari France tulisan berangkai camtu lah.. Berbalas surat saja la make friends berbulan-bulan masing-masing berutusan surat.. Hehe.. Kemas cantik je tulisannya..

Tak sangka masih elok dan bersih, dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun
BACA:
Huru-hara satu medan selera, tikus besar termasuk dalam makanan lepas jatuh dari siling
Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor tubuh pusat pemulihan untuk golongan LGBT
Pemilik terkejut tengok keadaan rumah, bilik penuh sampah sarap sampai jadi sarang binatang dan serangga bahaya