Takut kantoi dengan keluarga dan suami, isteri nekad letak anak dalam termos nasi hasil selingkuh lelaki lain.
Gara-gara risau bahawa perselingkuhannya akan diketahui oleh suami dan keluarganya, seorang isteri berusia 22 tahun mengambil keputusan untuk melakukan tindakan jenayah yang pada akhirnya membawa kepada kematian dirinya. Setelah berkenalan dengan seorang lelaki melalui Facebook selama satu bulan, suspek yang dikenali sebagai Avi terlibat dalam hubungan gelap yang mengakibatkan kehamilan di luar nikah.
Selama 9 bulan, Avi berhasil menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarganya. Namun, pada malam 13 Disember, dia melahirkan bayi tersebut secara tiba-tiba di dalam tandas ketika sedang mencangkung untuk membuang air besar. Ketika lahir, kepala bayi tersebut didapati berada di dalam lubang tandas. Dalam kepanikan, suspek mengambil tindakan drastis dengan menenggelamkan kepala bayi ke dalam gayung yang berisi air sehingga menyebabkannya ‘tewas’.
Avi merancang untuk menguburkan bayi tersebut pada keesokan pagi, tetapi rancangannya terbantut kerana dia mengalami kelesuan selepas bersalin. Keesokan harinya, dia mengalami pendarahan yang teruk dan berpura-pura kepada ibunya bahawa dia sedang haid.
Seminggu sebelum melahirkan, Avi mengakui mengalami sakit perut yang tidak menyenangkan. ‘Lakonan’ Avi terbongkar apabila dia tiba-tiba pengsan di rumah. Ketika dibawa ke pusat rawatan, doktor mendapati tanda-tanda trauma pada ‘organ bawah’ Avi selain uri yang masih belum keluar sepenuhnya. Tanpa pilihan lain, dia akhirnya mengakui bahawa dia telah melahirkan bayi secara normal. Selepas ditangkap, polis melakukan penyelidikan di rumah mereka dan menemui bayi tersebut berada dalam termos nasi berwarna biru.